Judul : [Video Siapa menteri ini? Bos SPRM berang] SPRM persoal hasrat menteri tubuh JITN.
link : [Video Siapa menteri ini? Bos SPRM berang] SPRM persoal hasrat menteri tubuh JITN.
[Video Siapa menteri ini? Bos SPRM berang] SPRM persoal hasrat menteri tubuh JITN.
Jumaat, 29 September 2017SPRM persoal hasrat menteri tubuh JITN
Tun Abdul Rahman Abbas menyerahkan keahlian sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) kepada Abdul Aziz Aban (kiri) sambil disaksikan Dzulkifli Ahmad pada Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (Kejar 17) di Madrasah Raiyah Islamiah Sungai Pinang, Pulau Pinang semalam. – BERNAMA
BALIK PULAU 28 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempersoal pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan yang tetap berhasrat menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, SPRM tidak berada pada kedudukan terdesak sehingga perlu ditubuhkan jabatan baharu yang bidang tugasnya dilihat bertindih dengan peranan yang dimainkan suruhanjaya berkenaan selama ini.
Malah, beliau sebaliknya menyarankan Paul Low supaya memperjuangkan penambahbaikan terhadap SPRM termasuk menambah anggota dan aset memandangkan tiada peruntukan kepada suruhanjaya berkenaan bagi tujuan tersebut.
“Siapa Menteri ini? Bagaimana JITN mahu kawal siasatan yang mahu dilakukan SPRM?
“Kita mahu SPRM harus bebas, jadi kenapa isu ini ditimbulkan? Kalau itu antara alasan mahu tubuh JITN (transformasi), saya rasa mahu mengganggu kebebasan SPRM.
“Kenapa saya harus lapor kepada JITN dan JITN pula nak memantau kerja-kerja kami di SPRM?” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas penubuhan SPRM peringkat Pulau Pinang yang dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di Balik Pulau, di sini hari ini.
Paul Low sebelum ini mencadangkan penubuhan JITN sebagai salah satu usaha menerajui transformasi perubahan bagi membina kapasiti institusi terutama dalam kalangan penjawat awam namun ditolak SPRM kerana disifatkan bertindih dengan peranan suruhanjaya berkenaan.
Dalam pada itu, Dzulkifli menegaskan, pihaknya serius membantah penubuhan JITN dan mendesak kerajaan mengkaji semula cadangan berkenaan.
Katanya, penubuhan JITN sekiranya diteruskan disifatkan satu pembaziran apatah lagi dalam keadaan banyak agensi kerajaan yang dipotong peruntukan ketika ini.
“Sepatutnya bajet yang ada digunakan untuk lihat balik bagaimana boleh perkukuhkan jabatan sedia ada seperti skim perkhidmatan awam termasuk gaji terutama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kebajikan pegawainya,” kata beliau.
Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel [Video Siapa menteri ini? Bos SPRM berang] SPRM persoal hasrat menteri tubuh JITN.
Sekianlah artikel [Video Siapa menteri ini? Bos SPRM berang] SPRM persoal hasrat menteri tubuh JITN. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Siapa menteri ini? Bos SPRM berang] SPRM persoal hasrat menteri tubuh JITN. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/video-siapa-menteri-ini-bos-sprm-berang.html