Judul : [Video Rundingan kerusi HARAPAN, setakat ini 100 dah selesai]
link : [Video Rundingan kerusi HARAPAN, setakat ini 100 dah selesai]
[Video Rundingan kerusi HARAPAN, setakat ini 100 dah selesai]
Rabu, 6 September 2017'Rundingan kerusi HARAPAN banyak dah selesai'
Rundingan sebahagian besar agihan kerusi parlimen Pakatan Harapan sudah selesai, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Abdullah.
"Kita sedang membincangkan kerusi negeri, yang adalah peringkat kedua, rundingan. Jadi, kita sekarang berada di peringkat kedua," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemajuan rundingan mereka.
Beliau mendedahkan bahawa Parti Warisan Sabah - yang bukan parti komponen HARAPAN - adalah juga pihak yang berunding dalam agihan kerusi di Sabah. Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan bilangan kerusi yang berjaya diagihkan itu.
Saifuddin bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat mingguan hari ini dengan setiausaha parti-parti komponen HARAPAN.
Beliau juga mengumumkan bahawa gabungan itu akan mula membentuk jawatankuasa perhubungan di peringkat parlimen, dan 100 jawatankuasa berkenaan akan ditubuhkan menjelang akhir bulan ini.
HARAPAN telah membentuk jawatankuasa serupa di peringkat negeri minggu lalu.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Rundingan kerusi HARAPAN, setakat ini 100 dah selesai]
Sekianlah artikel [Video Rundingan kerusi HARAPAN, setakat ini 100 dah selesai] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Rundingan kerusi HARAPAN, setakat ini 100 dah selesai] dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/video-rundingan-kerusi-harapan-setakat.html