Judul : UNTUNG ATAU RUGI MARUAH ISLAM JANGAN TERGADAI
link : UNTUNG ATAU RUGI MARUAH ISLAM JANGAN TERGADAI
UNTUNG ATAU RUGI MARUAH ISLAM JANGAN TERGADAI
KAJIAN INI ADA BENARNYA, PAS JUGA TELAH MEMBUAT KAJIAN MIRIP DENGAN PANDANGAN INI.
ANDAINYA PAS CENDERUNG KEPADA UMNO/BN MAKA AGAMA DAN ISLAM MUNGKIN TERBELA.
ANDAINYA PAS CENDERUNG KEPADA PAKATAN HARAPAN MAKA AGAMA DAN MARUAH NEGARA AKAN TERJEJAS TERUK.
PANDANGAN INI AKAN MENJADI SALAH SATU KEMPEN YANG AKAN DILAKUKAN. INI KERANA SIKAP-SIKAP PENDIRIAN PARTI-PARTI TELAH DIPERTONTONKAN SEMASA RUU355.
PAS TIDAK TERMAKAN PANDANGAN DARI ORANG YANG MENENTANG ISLAM YANG MEMBERI JAMINAN YANG MEREKA TIDAK BERMUSUH DENGAN ISLAM.SESUNGGUHNYA MEREKA ITU ADALAH GOLONGAN MUNAFIK TEGAR.
DALAM MASA YANG SAMA, PANDANGAN RAKYAT MENYEBUT: DALAM BN ADA MASALAH BESAR DAN DALAM PAKATAN HARAPAN JUGA ADA MASALAH LEBIH BESAR, LANTAS MEREKA BUNTU.
MAKA JALAN PENYELESAIAN IALAH RAKYAT AKAN UNDI GELOMBANG KETIGA IAITU PAS DAN GABUNGANNYA.
-Pak Karamu-
Tiga penjuru, parti mana untung, parti mana rugi?
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Terdapat pelbagai andaian mengenai parti mana yang akan 'rugi dan untung' sekiranya pertandingan tiga penjuru berlaku dalam PRU14 nanti.
Bagi penganalisis politik dari Univerisiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib ada pelbagai andaian yang dapat dijangka jika situasi pertandingan sebegitu berlaku.
"Ada syaratnya untuk menyaksikan pertandingan tiga penjuru memberi impak menarik.
"Pertama ianya melibatkan pertandingan antara BN - Pas - Harapan. Jika sesebuah kawasan itu adalah komuniti majoriti Melayu, peluang Umno dan Pas untuk menang adalah seimbang dan mematikan pengaruh Pakatan," katanya kepada Sinar Online.
Sementara itu, jelasnya sekiranya kawasan itu majoriti Cina, maka peluang bagi Pakatan sama ada DAP atau parti yang dianggap proksinya akan mudah untuk menang.
"Ia kawasan selamat bagi Harapan," katanya.
Mengulas lanjut, Md Shukri yang juga merupakan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM, menegaskan bahawa dengan wujudnya pertandingan tiga penjuru, Pas akan menjadi parti terpenting penentu hala tuju kemenangan sama ada kepada BN atau Pakatan.
"Pas adalah parti yang releven dalam memusnahkan Pakatan," katanya.
Jelasnya lagi, "Paling bermanfaat adalah Pas kerana Pas akan menjadi parti paling manja kerana dibelai dan dipujuk pelbagai pihak,"
"Manfaat akan diperolehi Pas bukan hanya berkisar soal kemenangan di kerusi pilihanraya, tetapi soal kepentingan tokoh-tokoh Pas di dalam politik yang pastinya dilihat lebih 'bernilai tinggi' setanding emas dan berlian," katanya.
Menjelang PRU14 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang, pakatan pembangkang kini dilihat masih buntu untuk menyatakan satu permuafakatan politik bagi mengelak pertembungan pertandingan tiga penjuru sesama mereka.
Demikianlah Artikel UNTUNG ATAU RUGI MARUAH ISLAM JANGAN TERGADAI
Sekianlah artikel UNTUNG ATAU RUGI MARUAH ISLAM JANGAN TERGADAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UNTUNG ATAU RUGI MARUAH ISLAM JANGAN TERGADAI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/untung-atau-rugi-maruah-islam-jangan.html