[TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

[TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN
link : [TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

Baca juga


[TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


Laung azan sebelum masuk dewan peperiksaan


Demi memberikan ketenangan dan keyakinan kepada calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), seorang murid ditugaskan melaungkan azan setiap pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Laungan azan selepas bacaan doa dalam satu perhimpunan di hadapan guru-guru dan ibu bapa calon yang turut serta itu dilakukan oleh Ahmad Haris Ikhwan Hasmawi, 12, yang berasal dari Kampung Salang.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohd Razali Abdul Samas, 42, berkata, amalan sepanjang tempoh UPSR itu mula dianjurkan pada tahun lalu dan diteruskan lagi pada tahun ini.

Menurutnya, semua calon akan berkumpul berhampiran dewan peperiksaan sambil guru berkenaan akan memberikan taklimat dan kata-kata semangat.

"Tahun ini calon UPSR bagi SK Tekek seramai 42 orang masing-masing 25 lelaki dan 17 perempuan manakala seramai empat murid disasarkan mendapat 6A.

"Bermula hari ini hingga Khamis, setiap pagi calon-calon akan berkumpul manakala seorang murid akan memimpin bacaan doa kemudian diikuti laungan azan, kita harap prestasi sekolah akan lebih meningkat tahun ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Razali berkata, pihak sekolah juga menggalakkan ibu bapa yang berkelapangan supaya berada di sekolah untuk memberi semangat kepada anak-anak mereka.

"Ibu bapa juga boleh melakukan solat sunat hajat atau membaca surah Yassin di surau sekolah sebagai ikhtiar terakhir agar calon-calon mendapat keputusan cemerlang nanti," katanya.




Demikianlah Artikel [TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN

Sekianlah artikel [TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TIOMAN] LAUNG AZAN SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/tioman-laung-azan-sebelum-masuk-dewan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :