Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais

Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais
link : Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais

Baca juga


Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais

 FMT| September 25, 2017
Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan itu menggesa kerajaan Kelantan mengiktiraf kepentingan memelihara sejarah dan budaya, serta menarik balik larangan ke atas Mak Yong.
Rais-Yatim_mak-yong_600PETALING JAYA: Sesebuah negara tidak akan memiliki identiti tersendiri tanpa warisan budaya kukuh, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.
Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan itu merujuk keputusan kerajaan Kelantan mengharamkan persembahan tarian tradisional “Mak Yong” yang berasal dari negeri itu lebih 200 tahun lalu.

PAS mengharamkan antara persembahan seni tradisi tertua di Kelantan melebihi 200 tahun itu sejak awal 1990-an, selepas parti Islam itu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri terbabit.
Rais berkata, kerajaan Kelantan perlu mengiktiraf sejarah dan budaya sebagai sebahagian tamadun serta membenarkan persembahan seni budaya sepert Mak Yong dan wayang kulit diteruskan.

“Asal-usul kita sebahagian daripada sejarah, sama seperti bahasa Sanskrit yang menjadi sebahagian bahasa Melayu dan Indonesia sejak berzaman.
“Dengan sentuhan pengaruh Melayu-Patani lama, bentuk seni Mak Yong yang gemalai perlu dihargai,” kata bekas menteri luar serta menteri kebudayaan, kesenian dan warisan itu kepada FMT.

Mak Yong merupakan salah satu persembahan seni tradisi tertua Kelantan yang diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Khamis lalu, Pelapor Khas PBB dalam bidang hak budaya, Karima Bennoune menggesa kerajaan Kelantan menarik balik larangan persembahan kebudayaan seperti Mak Yong, wayang kulit, main puteri dan dikir barat.

Mengulas lanjut, Rais berkata, warisan budaya di kebanyakan negeri semakin pupus dan tiada usaha untuk memberi nafas baharu atau memelihara seni budaya itu.
“Akta Warisan Kebangsaan 2005 dilambung seperti bola kempis,” katanya


Demikianlah Artikel Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais

Sekianlah artikel Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanpa warisan budaya, negara tiada identiti, kata Rais dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/tanpa-warisan-budaya-negara-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :