Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan

Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan
link : Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan

Baca juga


Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan

Penyebaran video iklan vape yang dilihat agak keterlaluan dengan menampil wanita berpakaian seksi telah menerima kecaman teruk oleh netizen.

Menurut laporan mStar Online, syarikat produk perisa rokok elektronik atau vape berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kenyataan yang dibuat individu yang menggunakan nama Jack selaku Ketua Pegawai Eksekutif Sexbomb Vapor Co itu berkata, pihaknya memohon maaf di atas video promosi berdurasi seminit itu yang dimuat naik di laman sosial syarikat.

Beliau menjelaskan tujuan video tersebut adalah untuk mempromosi penyertaan mereka pada ekspo NEC Vapor di United Kingdom (UK) yang bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober ini.

“Ia tiada kaitan dengan pasaran atau komuniti rokok elektronik di negara ini. Kami turut kesal video ini telah menyinggung sensitiviti budaya Malaysia,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Instagram, Ahad.

Pada Jumaat lalu, mStar Online melaporkan bahawa sebuah video yang kini tular di media sosial pada mulanya disangka mempromosikan pakaian dalam wanita kerana memaparkan pelakon iklan komersial separuh bogel.

Namun apa yang mengejutkan, iklan tersebut yang turut mempunyai adegan mengghairahkan di atas katil dan kolam renang sebenarnya mempromosikan produk perisa vape.

Ia sekali gus mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan iklan berkenaan sengaja mengeksploitasi wanita hanya untuk melariskan produk vape.

Menurut Jack, video itu kemudian tular dengan pantas tanpa kawalan, sebelum dikongsi menggunakan tajuk yang salah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selain permohonan maaf, video tersebut yang asalnya dimuat naik di Instagram syarikat itu juga telah dipadamkan.

Jack berkata, keadaan yang berlaku telah memberi kesan kepada mereka dan pihaknya akur dengan kritikan yang diterima.

Beliau berharap permohonan maaf ini dapat membawa kebaikan kepada syarikat pada masa depan.

“Kami memberi jaminan kepada orang awam untuk menangani perkara seperti ini sebagai satu keutamaan. Kami mohon maaf kepada pelanggan dan semua komuniti vape di Malaysia,” ujar Jack. - mStar Online


Demikianlah Artikel Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan

Sekianlah artikel Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syarikat Mohon Maaf Isu Iklan Video Vape Yang Keterlaluan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/syarikat-mohon-maaf-isu-iklan-video_25.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :