Judul : SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran
link : SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran
SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran
Imej via Utusan Malaysia |
Sebanyak 15 buah SJKC seluruh negeri ini menghantar penyertaan masing-masing bagi kategori tilawah dan hafazan al-Quran, azan dan iqamat serta bercerita dan bersajak dalam bahasa Mandarin.
SJKC Chung Hwa muncul juara bagi pertandingan bercerita lelaki yang dipersembahkan oleh Nik Ahmad Nik Fawwaz, 11; Azan dan iqamat (Adam Fahmi, 10); tilawah lelaki (Mohd Shamil Hasnan, 11) dan hafazan perempuan oleh Nur Aini Mohamed, 10.
Bagi kategori sajak, pelajar SRJKC Peir Chih, Kota Bharu, Nayli Nur Aisyah Benteng, 10, diumumkan sebagai pemenang; tilawah perempuan dijuarai Hazrien Adrean, 10 dari SJKC Kaichih Pasir Puteh dan hafazan lelaki dimenangi oleh Mohamad Lukman Zurkarnai Chem, 11, dari SJKC Chung Cheng, Kota Bharu.
MTQ kali ketiga ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Kelantan, Amran Mamat. Yang hadir sama, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Harun Yusof.
Menurut Amran, penganjuran MTQ peringkat SRJC hanya dilaksanakan oleh JPN Kelantan untuk memberi peluang khusus kepada murid sekolah aliran Cina menyerlahkan bakat dan kebolehan masing-masing.
“Penganjuran hari ini dikendalikan dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Murid yang menyertai pertandingan kategori cerita agama dan bersajak memang petah berbahasa Mandarin,” katanya.
Sumber: Utusan Online
Demikianlah Artikel SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran
Sekianlah artikel SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SJKC Chung Hwa juara Majlis Tadarus Al-Quran dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/sjkc-chung-hwa-juara-majlis-tadarus-al.html