Judul : Polis Buru Suspek Kes Samun Wanita Di Kedai Dobi
link : Polis Buru Suspek Kes Samun Wanita Di Kedai Dobi
Polis Buru Suspek Kes Samun Wanita Di Kedai Dobi
Seorang wanita kerugian RM15,000 selepas disamun tiga lelaki di kedai dobi 24 jam di Fasa 8, Taman Sri Gombak, dekat sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata dalam kejadian 11.32 malam itu, tiga lelaki yang bersenjatakan parang dan bertopi keledar memasuki premis itu dan merampas barangan mangsa.
"Suspek mengambil telefon bimbit, wang tunai RM1,100, dokumen pengenalan diri dan barangan kemas milik mangsa. Kerugian dianggarkan kira-kira RM15,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian itu tular di laman sosial hari ini. - Bernama
Demikianlah Artikel Polis Buru Suspek Kes Samun Wanita Di Kedai Dobi
Sekianlah artikel Polis Buru Suspek Kes Samun Wanita Di Kedai Dobi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Buru Suspek Kes Samun Wanita Di Kedai Dobi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/polis-buru-suspek-kes-samun-wanita-di_7.html