Judul : Peguam cadang tempoh cuti bersalin pekerja wanita dilanjutkan
link : Peguam cadang tempoh cuti bersalin pekerja wanita dilanjutkan
Peguam cadang tempoh cuti bersalin pekerja wanita dilanjutkan
Tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan akan mengelakkan pekerja wanita mengambil cuti berlebihan atau berhenti bekerja dengan alasan menyusu anak.
Peguam S Dharmen berkata tempoh cuti bersalin 90 hari bagi kakitangan wanita yang bekerja di sektor kerajaan dan 60 hari bagi sektor swasta yang telah digunapakai hampir 30 tahun itu dilihat kurang relevan untuk diteruskan lagi pada masa kini.
“Kalau kita lihat negara maju seperti United Kingdom, cuti bersalin pekerja wanita lebih lama. Mereka juga menawarkan gaji penuh untuk cuti bersalin bagi 6 bulan pertama, separuh gaji bagi 6 bulan berikutnya dan cuti tanpa gaji selepas setahun.
“Langkah diambil negara maju itu boleh dilaksanakan di negara ini, dengan mengambil kira faktor ‘hubungan’ antara ibu dan bayi yang baru lahir,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini pada Konvensyen Industri Meca ke-13.
Konvensyen yang berlangsung selama 3 hari bermula hari ini disertai pelbagai individu berlatarbelakangkan pelbagai bidang pekerjaan termasuk pengamal sumber manusia, ahli perniagaan dan pengurus syarikat.
Terdahulu, Dharmen merupakan salah seorang speaker pada konvensyen berkenaan menerangkan topik Akta Pekerja 1955.
Kata beliau, jika tempoh cuti bersalin dilanjutkan, ia mengelakkan pekerja wanita mengambil cuti berlebihan atau berhenti bekerja dengan alasan menyusu anak.
Dalam pada itu, Dharmen turut menggalakkan majikan memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita melanjutkan tempoh cuti bersalin selain menyediakan kemudahan ruangan mereka menyusu badan di bangunan pejabat.
FMT
Demikianlah Artikel Peguam cadang tempoh cuti bersalin pekerja wanita dilanjutkan
Sekianlah artikel Peguam cadang tempoh cuti bersalin pekerja wanita dilanjutkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peguam cadang tempoh cuti bersalin pekerja wanita dilanjutkan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/peguam-cadang-tempoh-cuti-bersalin.html