Judul : Panduan memohon semula sijil peperiksaan yang hilang
link : Panduan memohon semula sijil peperiksaan yang hilang
Panduan memohon semula sijil peperiksaan yang hilang
Soalan Lazim Tentang Kehilangan Sijil Peperiksaan:
S1 : Perlukan saya buat laporan polis apabila hendak memohon salinan sijil?
Jawab: Tidak perlu. Yang penting ialah ada salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
S2 : Jika saya telah lupa angka giliran sijil peperiksaan tersebut, apa yang harus saya buat?
Jawab: Biarkan ruangan angka giliran kosong, tak perlu isi dalam borang.
S3 : Jika saya telah lupa tahun dan tempat mengambil peperiksaan tersebut, apa yang harus saya buat?
Jawab: Tidak perlu isi maklumat itu dalam borang permohonan salinan sijil, yang penting ialah sediakan bayaran yang cukup iaitu RM30 (tunai jika di counter atau wang pos jika melalui pos) bagi setiap salinan sijil.
__________________________________
Hilang sijil UPSR ?
Salinan sijil UPSR boleh didapatkan dari sekolah asal di mana peperiksaan UPSR diambil. KPM tidak menyediakan salinan untuk kehilangan sijil UPSR.
Hilang sijil PMR, PT3, SPM, LCE atau MCE ?
Jika seseorang calon telah hilangkan sijil asal keputusan peperiksaan PMR, PT3, LCE, SPM atau MCE, beliau boleh memohon salinannya di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui dua cara,
(i) Datang sendiri ke kaunter urusan Lembaga Peperiksaan di tingkat bawah Blok E11 ( rujuk alamat berikut ) :
Permohonan siap dalam tempoh satu jam bagi
(i) sijil SPM tahun 1994 dan selepas
(ii) sijil PMR tahun 1998 – 2013.
Sijil-sijil dalam tahun-tahun yang lain mengambil masa yang lebih lama, tertakluk kepada sama ada calon menyediakan maklumat yang lengkap.
Calon diingatkan untuk sediakan wang tunai (atau wang pos) RM30 bagi SETIAP salinan sijil yang dipohon. (Kad credit/Debit tidak diterima)
LEMBAGA PEPERIKSAAN
Aras 1-2, 5-13, Blok E11, Parcel E
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Presint 1, 62604 PUTRAJAYA
(UP: Unit Sijil, UPMPD)
TEL: 03-8884 3526 / 03-8884 3528
Tempoh pemprosesan sijil-sijil adalah seperti berikut :
Permohonan Salinan Keputusan
- SPM pada atau sebelum 1993 : 7 hari bekerja
- SPM pada atau selepas 1994 : 1 jam
- SPMU (SPM Jun) : 7 hari bekerja
- SPM Vokasional / SPVM pada atau sebelum 1999 : 7 hari bekerja
- SPM Vokasional / SPVM pada atau selepas 2000 : 1 jam
- LCE / SRP semua tahun : 7 hari bekerja
- PMR pada 1993 – 1997 : 7 hari bekerja
- PMR pada 1998 – 2013 : 1 jam
Permohonan Terjemahan Keputusan
- SPM pada atau selepas 2000 : 1 jam
- Lain-lain peperiksaan : 7 hari bekerja
Waktu perkhidmatan :
Isnin – Khamis :
8.15 pagi – 4.30 ptg (waktu perkhidmatan berterusan, tidak tutup/rehat)
Jumaat :
8.15 pagi – 12.00 t.hari (12.00 th – 2.45 pm, rehat) 2.45 ptg – 4.30 ptg
(ii) Permohonan melalui pos :
(Tempoh Pemprosesan adalah 3 – 4 minggu)
Muat turun borang/panduan di bawah, baca panduan dan lengkapkan SEMUA maklumat.
- Download borang permohonan salinan sijil
- Download borang permohonan terjemahan sijil
- Download panduan isi borang permohonan salinan_terjemahan
Sediakan satu salinan Kad pengenalan dan juga 2 sampul surat bersaiz A4, samada sampul pos ekspress atau poslaju prabayar dari pejabat pos.
Gunakan 1 sampul tersebut untuk kirim dan 1 untuk menerima salinan sijil (pastikan alamat anda ditulis jelas dan betul atas sampul).
Semak dengan teliti, serta bersama wang pos dan pos ke alamat di atas.
Bayaran proses RM30.00 dikenakan bagi SETIAP helaian salinan keputusan yang dipohon.
Gunakan Wang Pos (Postal Order) atau Kiriman wang (money order) atas nama ‘PENGARAH PEPERIKSAAN’.
Cek persendirian tidak diterima.
Nota:
Sijil (SPM/MCE) atau pernyataan asal (PMR/SRP/LCE) hanya dicetak sekali sahaja bagi peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan. Salinan keputusan SPM / MCE atau salinan pernyataan keputusan PMR/SRP/LCE dikeluarkan bagi menggantikan sijil yang hilang atau rosak.
Hilang sijil STPM ?
Salinan sijil STPM boleh dipohon daripada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan:
Bayaran RM50 dikenakan untuk salinan sijil STPM dan RM40 (bagi permohonan salinan sijil MUET) Calon juga boleh memohon penyata keputusan STPM sahaja dengan bayaran RM20.
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi talian 03-61369663 (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) atau email kepada ppa@mpm.edu.my
Demikianlah Artikel Panduan memohon semula sijil peperiksaan yang hilang
Sekianlah artikel Panduan memohon semula sijil peperiksaan yang hilang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Panduan memohon semula sijil peperiksaan yang hilang dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/panduan-memohon-semula-sijil.html