Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS.

Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS.
link : Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS.

Baca juga


Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS.

Siti Kasim yang merupakan peguam serta aktivis menggesa Pas dan Harakahdaily supaya mengemukakan permohonan maaf kepadanya dalam masa 48 jam jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang kerana didakwa telah memfitnahnya.

"Ini saman saya terhadap PAS dan lidah rasminya kerana fitnah yang disebarkan kepada orang ramai berhubung posting korban saya. Jangan benarkan sesiapa membuli anda," katanya di Facebook hari ini.

Menurut laporan Malaysiakini, Siti melampirkan surat peguam bertarikh 18 September 2017 yang ditujukan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan editor laman rasmi parti itu.

Surat itu menuntut Harakahdaily menyiarkan permohonan maaf di muka depan laman dan di tempat yang ketara di Facebooknya selama tujuh hari.

Surat itu juga meminta permohonan maaf diletakkan di atas artikel yang menjadi pertikaian, sebelum dibuang daripada laman itu - termasuk versi arkibnya -  selepas 24 jam.

Selain itu, ia juga menuntut PAS dan Harakahdaily tidak lagi mengeluarkan kata-kata berbentuk tohmahan kepada Siti serta membayar ganti rugi yang dirasakan wajar, kerana telah merosakkan reputasinya.

"Kami mempunyai arahan khusus untuk memulakan prosiding perundangan terhadap anda atas tindakan anda seperti yang dinyatakan, jika gagal memenuhi tuntutan ini."

Surat itu tidak dimuat naik secara penuh, justeru tidak dapat dipastikan artikel yang menjadi pertikaian.

Namun Siti pada 8 September lalu mengkritik sebuah artikel di laman itu yang memetik Ketua Muslimat PAS Kedah Datuk Siti Aishah Ghazali.

Dalam artikel yang disiarkan 7 September itu, Aishah antara lain mendakwa Siti menghina Nabi Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan yang "mengheret kesesatan kepada orang lain".

Ia sebagai respon kepada posting Siti di Facebook sebelum itu, yang antara lain berkata Quran tidak menyatakan Tuhan memerintah Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, serta tidak menuntut orang Islam mengorbankan nyawa makhluk lain.

Beberapa laporan polis dibuat ke atasnya ekoran kenyataan tersebut, antaranya oleh Pemuda PAS Kelantan serta Muslimat dan Pemuda PAS Kedah. - Malaysiakini


Demikianlah Artikel Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS.

Sekianlah artikel Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohon Maaf Atau Saya Saman, Siti Kasim Beri Amaran Pada PAS. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/mohon-maaf-atau-saya-saman-siti-kasim_20.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :