Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma

Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma
link : Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma

Baca juga


Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma


Seperti sudah tidak ada isu lebih penting lain, tindakan Kabinet yang turut membincangkan kes kedai dobi khusus untuk umat Islam, amat memalukan, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Katanya, Isma sebagai pertubuhan Islam dan Melayu sederhana melihat kes kedai dobi itu sebagai isu kecil yang menjadi hak peribadi pengusaha dobi, dan tidak sepatutnya dibincangkan pada peringkat Kabinet.
“Ia menunjukkan seolah-olah Kabinet tiada kerja lain. Memalukan bila bincang isu kedai dobi, tapi tak bincang isu masyarakat yang lebih besar. Isu sekolah vernakular yang melebarkan jurang kaum.
“Isu judi, rumah urut, pesta arak, diskriminasi terhadap pekerja Islam, kekerasan, ugutan. Sepatutnya isu macam ini Kabinet kena ambil peduli,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.
Kelmarin, media melaporkan isu dobi muslim dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Presiden parti anti-Islam MCA, Wee Ka Siong, isu kedai dobi muslim itu dianggap bertentangan dengan pendirian kerajaan.
Ustaz Abdullah yang lantang mempertahan isu Islam dan Melayu berpendapat, pengusaha dobi ‘Mesra Muslim’ yang terpaksa mengubah polisi perkhidmatannya itu, tidak perlu rasa bersalah, meskipun dikecam sesetengah pihak.
Baginya, membuka kedai dobi yang dikhaskan hanya untuk orang Islam bukan esktrem.
“Jadi, dia tidak perlu kesal dikutuk kerana melakukan perkara yang betul. Lagipun, tidak ada sesiapa yang dipaksa untuk basuh baju di kedai dobi itu,” katanya.
Diminta mengulas dukungan wasatiyyah dan maqasid syariah kerajaan dan kaitannya dengan kedai dobi khas untuk umat Islam sebagaimana kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata:
“Ianya tidak kena pada tempatnya.”
Sejak minggu lepas, tular gambar papan tanda yang memaklumkan kedai dobi Elit Laundry di Muar, Johor hanya menerima pelanggan Islam atas faktor kesucian.
Bagaimanapun, pemilik kedai dobi berkenaan mengubah polisinya selepas dipaksa berbuat demikian, dan memohon maaf di atas tindakannya itu. - ismaweb


Demikianlah Artikel Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma

Sekianlah artikel Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Memalukan bila Kabinet bincang isu kedai dobi untuk umat Islam, kata Presiden Isma dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/memalukan-bila-kabinet-bincang-isu.html

Subscribe to receive free email updates: