Judul : Mahkamah arah KJ bayar RM150,000 kerana fitnah Anwar
link : Mahkamah arah KJ bayar RM150,000 kerana fitnah Anwar
Mahkamah arah KJ bayar RM150,000 kerana fitnah Anwar
Anwar Ibrahim menyaman Khairy Jamaluddin kerana membuat kenyataan fitnah pada 2008 sebelum pilihan raya umum.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin membayar ganti rugi RM150,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat kenyataan fitnah 9 tahun lalu.
Hakim Azizul Azmi Adnan memutuskan kenyataan “main belakang” oleh Khairy terhadap Anwar mempunyai konotasi seksual.
Mahkamah juga membuang 4 pembelaan yang diketengahkan Khairy iaitu justifikasi, justifikasi sebahagian, komen berpatutan dan perlindungan bersyarat apabila Khairy gagal mewajarkan ucapan yang mencemuh Anwar itu.
“Dakwaan yang dibuat adalah serius dan boleh mempunyai maksud memfitnah,” katanya.
Penyokong Anwar di mahkamah hari ini bersorak selepas mahkamah menganugerahkan RM150,000 kepada bekas ketua pembangkang itu.
Hakim Azizul juga mengarahkan Khairy membayar faedah 4% setahun di atas ganti rugi RM150,000 itu, bermula dari tarikh Anwar memfailkan saman iaitu 19 Februari 2008 dan kos RM60,000.
Anwar, 70, memfailkan saman terhadap Khairy kerana kenyataan “main belakang” di atu ceramah politik di Lembah Pantai pada 2008.
Anwar berkata kenyataan itu bermakna dirinya seorang homoseksual, bermoral rendah, dan berkebolehan melakukan jenayah dan maksiat.
Beliau memfailkan saman selepas membaca laporan dan video portal berita.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabit kesalahan meliwat pada 2015
Demikianlah Artikel Mahkamah arah KJ bayar RM150,000 kerana fitnah Anwar
Sekianlah artikel Mahkamah arah KJ bayar RM150,000 kerana fitnah Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah arah KJ bayar RM150,000 kerana fitnah Anwar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/mahkamah-arah-kj-bayar-rm150000-kerana.html