MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS

MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS
link : MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS

Baca juga


MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS




Arau – Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu berhenti tuduh PAS punca Melayu berpecah, sebaliknya menilai gabungan pembangkang diketuainya sendiri, yang memang cenderung cetus permusuhan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kewujudan pakatan pembangkang kini mencetus pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tindakan gabungan itu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan sebenarnya memulakan permusuhan dan menyerang PAS secara terang-terangan sekali gus menjurus ke arah perpecahan.

Justeru beliau berkata, tindakan Mahathir menuding jari dengan dakwa PAS sebagai punca perpecahan Melayu adalah tidak tepat kerana gabungan pembangkang diketuainya yang sebenarnya memulakan permusuhan itu.

“Tun (Mahathir) perlu lihat apa yang berlaku dalam gabungan mereka yang kerap melakukan serangan kepada PAS. Mereka yang mengisytiharkan PAN (Parti Amanah Negara) mahu mengambil alih Kelantan.

“Malahan PAN bertanding semua di kerusi PAS, jadi kita dipersalahkan hingga berlaku perpecahan? Di sebalik kita menghulurkan tangan, mereka bertindak ‘memukul’ kita dari arah belakang, berhentilah pukul curi,” katanya.

Tuan Ibrahim menegaskan sedemikian pada siri jelajah Timbalan Presiden PAS ke Perlis di Kampung Katong, di sini, malam tadi sebagai mengulas dakwaan Mahathir yang mendakwa PAS sebagai punca orang Melayu berpecah.

Pengerusi Pakatan Harapan itu bahkan mendakwa PAS menjadi penyebab kepada berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRU nanti kerana keengganannya menyertai gabungan pembangkang.

Sementara itu mengulas dengan lebih lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak bermasalah untuk berhadapan PRU ke-14 akan datang secara bersendirian kerana sudah biasa menghadapinya.

“PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kita sudah biasa menghadapinya. Kita pernah menang dan kita juga pernah kalah. Kita ditubuhkan bukan semata-mata untuk mentadbir.

“Tetapi PAS sebagai gerakan menegakkan Islam, jika kita kalah (pilihan raya) sekali pun, perjuangan kita masih diteruskan,” kata Tuan Ibrahim.




Demikianlah Artikel MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS

Sekianlah artikel MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH TERUK - PAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/mahathir-punca-melayu-berpecah-teruk-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :