Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis

Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis
link : Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis

Baca juga


Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis

Polis menahan seorang lelaki yang bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas tayar kereta miliknya dikapit dalam kejadian di Taman Segar, Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pukul 6.30 petang tadi selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan.

Menurut Chong, dua anggota penguat kuasa DBKL bertindak mengapit tayar sebuah kereta jenis Perodua Myvi kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak pada 12.46 tengah hari.

"Selepas itu, anggota DBKL menerima arahan untuk membuka kapit tayar kereta terbabit memandangkan pemilik kenderaan ingin membayar denda.

"Apabila anggota DBKL ke lokasi kejadian, berlaku perselisihan faham antara pemilik kenderaan dengan anggota DBKL dan beberapa individu lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata anggota penguat kuasa DBKL juga telah membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Sentul semalam.

"Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan," katanya.

Rakaman berdurasi empat minit yang tersebar di laman sosial itu memaparkan seorang lelaki sedang bertengkar dengan anggota DBKL serta beberapa individu lain selepas dipercayai tidak berpuas hati apabila tayar keretanya dikapit.

Lelaki berkenaan turut dilihat mengeluarkan objek dipercayai senjata daripada kereta miliknya ketika pertengkaran itu. - Bernama



Demikianlah Artikel Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis

Sekianlah artikel Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Ajak Pegawai DBKL Bertumbuk Berjaya Ditahan Polis dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/lelaki-ajak-pegawai-dbkl-bertumbuk_27.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :