Judul : Lawak Zizan Di Festival Filem Malaysia ke-29 Menghina Anak Seni.
link : Lawak Zizan Di Festival Filem Malaysia ke-29 Menghina Anak Seni.
Lawak Zizan Di Festival Filem Malaysia ke-29 Menghina Anak Seni.
Selepas kecoh dimedia sosial mengenai kenyataan Datuk Hans Isaac yang seperti terasa dengan lawak yang dibuat oleh Zizan Razak ketika berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-29 iaitu semalam.Kini seorang pelakon serta usahawan popular Datuk Seri Shah Rezza, 55 tahun iaitu merupakan sahabat kepada Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof tampil pula melahirkan rasa kekesalannya terhadap pengacara Zizan yang menjadikan sahabatnya itu sebagai bahan lawak.
Melalui kenyataannya di Harian Metro memberitahu bahawa pengacara itu mungkin tidak tahu menahu pasal kedudukan Datuk yang dianugerahkan kepada seorang anak seni.
“Dari zaman kesultanan Melayu Melaka, penganugerahan Datuk adalah hak Sultan dan ia berterusan sehingga ke hari ini.
“Sultan berhak untuk beri gelaran kepada sesiapa saja termasuk anak seni. Kebetulan Sultan Pahang paling banyak menganugerahkan gelaran itu kepada anak seni sebab Tuanku memang meminati seni Melayu,” katanya.
Katanya, Istana Pahang memang aktif membantu anak seni dan ahli sukan sedari dulu tanpa mengharapkan balasan.
Pelakon era 1980-an itu mendedahkan, ramai tidak tahu pihak istana Pahang sering memberi sumbangan wang kepadanya untuk disumbangkan kepada artis yang sakit dan hidup melarat.
Malah Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan juga sering membuat sumbangan ikhlas yang besar kepada masyarakat tanpa publisiti meluas.
Shah Rezza akui jenaka oleh Zizan sangat tidak sensitif dan boleh dianggap menghina institusi istana.
Katanya, pihak istana boleh bertindak ke atas sesiapa sahaja jika ia terlalu mengaibkan.
Beliau berpendapat, mana-mana artis yang mendapat gelaran Datuk wajar merasa terhina dengan jenaka yang dilontarkan Zizan.-Harian Metro
Demikianlah Artikel Lawak Zizan Di Festival Filem Malaysia ke-29 Menghina Anak Seni.
Sekianlah artikel Lawak Zizan Di Festival Filem Malaysia ke-29 Menghina Anak Seni. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lawak Zizan Di Festival Filem Malaysia ke-29 Menghina Anak Seni. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/lawak-zizan-di-festival-filem-malaysia_24.html