Judul : LAUT BAHAMAS HILANG
link : LAUT BAHAMAS HILANG
LAUT BAHAMAS HILANG
Long Island - Taufan Irma yang membawa angin berkelajuan lebih 321 kilometer sejam pada Jumaat lalu telah menyebabkan fenomena luar biasa di Bahamas.
Pengguna Twitter @Kaydi_K dari Long Island menerusi tweet berkata, "Saya tidak percaya sekarang.Ini adalah Long Island, Bahamas dan laut telah hilang!!!"
Wanita itu turut memuat naik rakaman video berdurasi dua minit memaparkan dia berjalan di atas 'laut kering' yang hanya dilitupi pasir dan lumpur itu.
Seorang lagi pengguna laman blog mikro, @deejayeasya bagaimanapun menghantar tweet gambar di pantai berbeza di Bahamas yang menunjukkan ia kembali seperti biasa dalam tempoh kurang 24 jam.
Susulan kejadian itu, Perkhidmatan Cuaca Terp menjelaskan 'angin kencang' telah menyebabkan air laut itu 'ditarik' dari teluk.
"Angin kencang yang dibawa taufan Kategori 5 itu telah 'menyedut' air dari teluk cetek hingga menghasilkan kesan seperti sebelum tsunami," ujar agensi itu lagi.
Demikianlah Artikel LAUT BAHAMAS HILANG
Sekianlah artikel LAUT BAHAMAS HILANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel LAUT BAHAMAS HILANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/laut-bahamas-hilang.html