[KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS

[KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS
link : [KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS

Baca juga


[KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS


PDRM


Polis sedang menjejaki seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai memandu lori muatan tanah yang terlibat dalam nahas jalan raya sehingga mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Sungai Soi di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, Bustami Rustam, berusia dalam lingkungan 30-an, sehingga kini masih gagal membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.

“Alamat terakhirnya ialah di Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam namun pemeriksaan polis di situ mendapati nama tersebut tidak wujud dan penduduk juga tidak mengenalinya,” kata Abdul Aziz dalam sidang media di sini semalam.

Menurutnya siasatan awal polis yang menghubungi majikan suspek di Menglembu, Perak mendapati lelaki berkenaan baru bekerja tiga hari sebelum kejadian.

Isnin lalu, penjual ikan Tuan Mohd Zulhaizee Tuan Temeran, 38 dan ibunya Kelsom Hamat, 66, maut di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka dirempuh lori membawa muatan tanah yang dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan memasuki laluan mereka.

Suami Kelsom, Awang Ariffin, 76, pula disahkan meninggal dunia semasa sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, hari yang sama, manakala seorang lagi saudaranya Zuraidah Samshuddin, 34, cedera.

Berhubung dakwaan lori itu dibakar oleh penduduk kampung selepas kejadian, Abdul Aziz mengesahkan setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenainya.

"Lori itu juga telah disita pihak polis untuk siasatan. Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat jika ada kesalahan yang dilakukan di bawah bidang kuasa agensi tersebut," katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS

Sekianlah artikel [KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] POLIS KESAN WARGA INDONESIA BANTU SIASATAN NAHAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/kuantan-polis-kesan-warga-indonesia.html

Subscribe to receive free email updates: