[KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL

[KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL
link : [KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL

Baca juga


[KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL


Fama bantu pekebun sayur melalui PPL


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang giat membantu pekebun sayur di negeri ini dengan menyediakan kemudahan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) di ladang sayur yang diusahakan.

Pemangku Pengarahnya, Rosli Awang Da berkata, bantuan berkenaan diberikan untuk meningkatkan hasil pertanian di seluruh negeri.

Menurutnya, terdapat 11 PPL di seluruh negeri yang aktif mengeluarkan hasil pertaniannya bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan dan luar.

“Fama membangunkan PPL di kawasan ladang sayur supaya ia menjadi lokasi pertemuan antara pengeluar dan pemasar dalam masa sama meningkatkan pendapatan pengeluar melalui jualan terus ke pasaran.

“PPL yang dibangunkan juga menjadi kemudahan bagi tujuan pengumpulan hasil pertanian yang dituai selain pengeluar dapat menjalankan operasi secara komersial,” katanya pada Majlis Penyerahan Pusat Pengumpulan Hasil di Ladang Sayur Batu 13, Gambang, semalam.

Hadir merasmikan majlis, Adun Lepar, Dato' Sohaimi Jusoh.

Rosli berkata, kemudahan yang disediakan itu dapat membantu pekebun memasarkan sayuran keluaran mereka dalam keadaan segar, cepat dan menjimatkan kos pengangkutan.

"Fama menyediakan PPL bagi kegunaan pekebun secara bersama terutama membabitkan kawasan ladang yang luas, satu atau dua PPL dibina mengikut kesesuaian dan permintaan golongan terbabit.

"Selain menjadi pusat pengumpulan produk pertanian PPL yang dibina turut menjadi tempat pertemuan pekebun dengan pegawai agensi pertanian bagi menyalurkan maklumat," katanya.

Rosli berkata, PPL Batu 13 Jalan Gambang bernilai lebih RM18,000 itu disediakan bagi memberi kemudahan kepada tiga pekebun yang mengusahakan ladang sayuran lebih lima hektar mengumpul hasil pertanian mereka untuk aktiviti pasaran.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL

Sekianlah artikel [KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] FAMA BANTU PEKEBUN SAYUR MELALUI PPL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/kuantan-fama-bantu-pekebun-sayur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :