KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN

KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN
link : KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN

Baca juga


KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN

\



MAKKAH – Masyarakat Islam sudah banyak baca, dengar atau lihat sendiri simbol kiblatnya, iaitu Kaabah. Namun berapa ramai yang benar-benar tahu sejarahnya, mungkin boleh jadi persoalan.

Pengkaji hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Mohi Eddine Hashemi, menjelaskan bahawa ia bemula apabila Allah SWT menurunkan Hajar Aswad dan batu-batu lain kepada Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.

Mereka kemudian diperintah untuk mendirikan Kaabah dan salah satu batu itu ditandakan oleh dua tapak kaki baginda. Selepas selesai membina rumah lama, Nabi Ibrahim berdiri di atasnya; dan tapak kaki baginda tenggelam.

Ia menandakan pembinaan rumah suci itu, menurut laman berita tempatan Al Arabiyya. Kedudukan itu atau kini disebut makam Ibrahim berada bersebelahan sahaja dengan Kaabah sepanjang sejarah ribuan tahun lamanya.

Mohi Eddine juga menyatakan bahawa tanda jari kaki dan tapak tersebut bagaimanapun pernah pudar akibat ia sering terdedah kepada kesan pegangan orang ramai, yang disentuh buat berkurun-kurun lamanya.





Apabila Nabi Muhammad SAW membuka Makkah, baginda membuat keputusan untuk memindahkan batu tersebut dari lokasi asalnya berdekatan Kaabah, ke kawasan yang lebih jauh lagi, iaitu 10 meter dari Kaabah.

Ini sebenarnya ujar Mohi Eddine bagi memudahkan para jemaah untuk selesa bertawaf mengelilingi Kaabah dan bersolat di bahagian belakangnya seperti yang diarahkan dalam al-Quran, lapor laman Al Arabiyya.

Menurut sejarawan, raja pertama yang memerintah menutupnya ialah Khalifah al-Mahdi ketika zaman empayar Abbasiyah. Khalifah al-Mutawakkil pula memerintahkan ditutup dengan perak dan emas bagi menguatkannya.

Pada era kerajaan Arab Saudi pula, khususnya di bawah pemerintahan Raja Faisal, kerja perluasan dikerahkan dan binaan itu diruntuhkan untuk meluaskan lagi ibadah tawaf. Ia diganti dengan kaca kristal dan perak juga dipasang.

Tambah laporan Al Arabiyya, ia sudah diubah suai sekali lagi ketika pemerintahan Raja Fahd, dengan kaca tidak mudah pecah diletakkan di atas makam itu yang diselaputi perak dan emas.




Demikianlah Artikel KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN

Sekianlah artikel KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/kisah-tapak-kaki-nabi-ibrahim-pudar.html

Subscribe to receive free email updates: