Judul : Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat
link : Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat
Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat
Saksi memberitahu pihak berkuasa mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama melalui pintu kerana ada 2 silinder gas di kawasan itu.
PETALING JAYA: Bomba sedang menyiasat kemungkinan kebakaran sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 24 nyawa hari ini mungkin kerana perbuatan khianat.
Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata bukti dan keterangan saksi menyangkal teori awal yang mengesyaki kebakaran disebabkan litar pintas.
“Selepas pemeriksaan secara teliti dan dengan menggunakan anjing pengesan, kami dapati kebakaran bermula di luar bilik asrama di tingkat 2.
“Anjing turut terhidu kesan kimia sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal,” katanya kepada FMT.
Khirudin menambah mereka yang terselamat dalam tragedi itu memberitahu pihak berkuasa yang mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama itu melalui pintu.
“Ada 2 silinder gas masak di kawasan itu,” katanya
Demikianlah Artikel Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat
Sekianlah artikel Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/kesan-kimia-ditemui-di-kawasan-bilik.html