Judul : Ambiga kecewa PKR masih dihimpit konflik dalaman
link : Ambiga kecewa PKR masih dihimpit konflik dalaman
Ambiga kecewa PKR masih dihimpit konflik dalaman
Menerusi siri tweet hari ini, Ambiga berkata PKR membenarkan pertengkaran dalaman sehingga bakal menjejaskan parti kelak sedangkan BN di sebalik pelbagai kekurangan bekerja keras sejak beberapa bulan lalu.
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis terkemuka, Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik PKR kerana masih dihimpit konflik dalaman yang menurut beliau tidak baik bagi parti gabungan Pakatan Harapan (PH) itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menerusi siri tweet hari ini, Ambiga berkata PKR membenarkan pertengkaran dalaman sehingga bakal menjejaskan parti itu kelak.
Beliau berkata Barisan Nasional, di sebalik pelbagai kekurangan, bekerja keras sejak beberapa bulan yang lalu untuk menghadapi PRU14.
“Bersatu (PPBM) juga melakukan perkara yang sama.
“PKR membenarkan pertengkaran dalaman untuk mengheret mereka ke bawah (menjejaskan prestasi). Kami tidak berminat dengan masalah dalaman mereka,” kata bekas pengerusi Bersih 2.0 ini.
Ambiga berkata jika pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari penjara, beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk “bercakap dan bersama rakyat.”
“Beliau tahu hanya dengan kerja keras boleh memenangi pilihan raya.”
Ambiga berkata, daripada bertelagah sesama sendiri, PKR perlu bertindak secara aktif untuk merangka manifesto, yang mana ramai masih kabur mengenainya
Demikianlah Artikel Ambiga kecewa PKR masih dihimpit konflik dalaman
Sekianlah artikel Ambiga kecewa PKR masih dihimpit konflik dalaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ambiga kecewa PKR masih dihimpit konflik dalaman dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/09/ambiga-kecewa-pkr-masih-dihimpit.html