SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU

SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU
link : SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU

Baca juga


SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU




Penang Front Party (PFP) mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP yang didakwa membeli pengiktirafan palsu Europe Business Assembly (EBA) supaya dua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri itu dicalonkan dalam anugerah tahunan.

Menurut penasihat PFP, Datuk Patrick Ooi, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi kerajaan negeri seharusnya membuat kenyataan mengenai isu itu.

“Beliau perlu memberi penjelasan adakah MPPP atau MPSP turut membuat bayaran wang kepada EBA, sebuah organisasi yang dikatakan tidak berwibawa.

“Saya harap SPRM akan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini supaya kebenaran dan keadilan wang rakyat negeri ini dapat dituntut,” katanya di luar bangunan SPRM negeri hari ini.

Patrick berkata demikian selepas membuat laporan SPRM dengan mengemukakan laporan siasatan antarabangsa iaitu ‘The Center for Investigative Reporting of Serbia’ dan ‘The Organised Crime and Corruption Reporting Project’ yang membuat pendedahan kewujudan anugerah berkenaan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa pada 2013, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dicalonkan untuk menerima anugerah dalam senarai ‘The Best Cities’ dan ‘The Best Municipal Managers’ daripada EBA dengan membayar yuran penyertaan sebanyak RM20,680.

Sementara pada 2014, MPSP dicalonkan dalam ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan sebanyak RM18,408.10.

Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Sharif dalam kenyataannya pada Sabtu lalu berkata pihaknya tidak menyedari EBA adalah sebuah badan antarabangsa yang mengaut keuntungan dengan menjual anugerah dan sijil palsu.




Demikianlah Artikel SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU

Sekianlah artikel SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM DIGESA SIASAT KERAJAAN P.PINANG BELI PENGIKTIRAFAN PALSU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/sprm-digesa-siasat-kerajaan-ppinang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :