‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT'

‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT' - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT'
link : ‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT'

Baca juga


‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT'


Hadi Awang


Marang - Presiden Pas meminta mereka yang terlibat peristiwa Memali pada 19 November 1985 bertaubat dan meminta maaf.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketika itu Pas menjadi mangsa apabila diserang hebat sehingga mengorbankan salah seorang pemimpinnya, Ibrahim Mahmud atau dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama 13 individu lain.

Menurutnya, semua pihak menuding jari menyalahkan pihak lain dengan melupakan punca asas tercetusnya kekecohan apabila menerima jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa itu ketika forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, Ahad lalu.

“Terima kasih kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tak mampu jawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.

“Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” kata Abdul Hadi di Facebooknya, semalam.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, ketika peristiwa itu, para ulama Pas mengisytiharkan mereka yang terkorban akibat dibunuh sebagai syahid kerana mempertahankan Islam.

Menurutnya, ketika itu Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya dipersalahkan, manakala orang yang menghina Islam dan hukumnya tidak pula dipersalahkan.

“Pas mempunyai pendekatan sebagai parti yang berdakwah, bukan menghukum kafir-mengkafir kerana kejahilan umat terhadap Islam, yang mengharamkan pendekatan itu.

“Akhirnya Pas berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan Umno pula akhirnya ramai yang masuk Umno atau diam sahaja. Hari ini dapat diwujudkan kerjasama Pas dan Umno dalam perkara Islam,” katanya.




Demikianlah Artikel ‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT'

Sekianlah artikel ‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘SIAPA TERLIBAT PERLU BERTAUBAT' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/siapa-terlibat-perlu-bertaubat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :