[ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN

[ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN
link : [ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN

Baca juga


[ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN


Komited, proaktif kunci kecemerlangan Mohd Hadzlin


Tindakan proaktif perlu diambil sebelum timbul sebarang masalah atau aduan daripada orang awam bagi memastikan organisasi bergerak dengan tersusun dan teratur.

Itu menjadi amalan Pengurus Alam Flora Cawangan Rompin, Mohd Hadzlin Nadzri, 33, dalam memastikan setiap pekerjanya melaksanakan tugas dan pada masa sama mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

Dikenali sebagai pengurus yang komited dengan tugas, beliau tetap bekerja walaupun pada cuti am supaya kerja pembersihan sentiasa dilakukan kecuali pada Ahad.

"Sebenarnya status saya yang belum berkeluarga dan Kuala Rompin merupakan kampung halaman menyebabkan saya tidak hirau tentang cuti selain rasa cinta kepada kampung sendiri.

"Selain itu, saya juga berpegang pada ‘seven habit efective people’ oleh Steven Coway iaitu yang pertamanya menjadi proaktif, sebelum orang tegur kita kena buat kerja yang sepatutnya dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima Anugerah Khas Kepimpinan oleh Swcorp Rompin pada Majlis Perasmian Pusat Pandu Lalu Kitar Semula SWCorp Rompin, di sini, hari ini.

Turut diumumkan tiga anugerah lain iaitu Anugerah Pekerja Dedikasi, Anugerah Pekerja Komitmen dan Anugerah Pekerja Cemerlang yang disampaikan oleh Pengarah SWCorp Pahang, Datuk Mohd Nor Afandi Abd Aziz.

Beliau juga percaya kaedah yang mudah digunakan untuk menyelaras kerja agar lebih sistematik dan tersusun adalah meletakkan orang betul pada tempat betul.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan kaedah itu memerlukan pengurus mengenali kelebihan, kelemahan dan kemahiran setiap pekerja.

"Bila dah tahu kelebihan pekerja, tugas mengatur atau menyusun dah tak jadi masalah, pekerja yang sesuai akan laksanakan tugas mengikut pembahagian seperti cuci longkang, potong rumput dan kutip sampah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengakui tidak kira sebaik mana tugas dilaksanakan namun ia tidak akan mencapai 100 peratus sekiranya masyarakat tidak memberikan kerjasama.

"Disebabkan itu saya sangat menyokong kempen kesedaran yang dilaksanakan SWCorp dan Alam Flora sendiri, kita minta agar orang awam supaya menjaga kebersihan longkang serta kawasan persekitaran," katanya.




Demikianlah Artikel [ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN

Sekianlah artikel [ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [ROMPIN] KOMITED, PROAKTIF KUNCI KECEMERLANGAN MOHD HADZLIN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/rompin-komited-proaktif-kunci.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :