PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA

PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA
link : PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA

Baca juga


PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA


Pencuri cari pintu tak jumpa


Baling - Usaha seorang pencuri melarikan barang berharga milik sebuah keluarga di Kampung Mengkuang Masjid, di sini tidak berjaya apabila gagal mencari pintu keluar rumah.

Menurut tuan rumah yang juga seorang pengamal perubatan, Omar Gul Hadzrat Gul, 77, kejadian berlaku Jumaat lalu kira-kira jam 1.15 pagi.

“Waktu tu saya nak keluar pi tandas, tiba-tiba perasan ada seorang lelaki kepala botak duduk atas kerusi di meja makan. Dia nampak macam letih.

"Pak Long tanya dia hang pencuri ka? Kenapa tak keluar? Dia jawab cari pintu keluar tak jumpa dan tak ingat masuk dari arah mana.

Omar Gul berkata, beliau terus pegang tangan pencuri itu dan menendang ke muka menyebabkan pencuri itu pengsan.

Katanya, pencuri itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk tindakan lanjut.


Kisah pencuri yang tak jumpa pintu keluar tular sejak kelmarin.


Omar Gul berkata, sebelum ini ada empat orang pencuri cuba burung yang dibela di halaman rumahnya, namun tak sempat berbuat demikian kerana mengaku nampak laut dan tak dapat lari.

Beliau berkata, ayat suci al-Quran adalah kalimah paling hebat untuk menjadi pendinding kediaman daripada anasir jahat.

Isterinya, Hasnah Husain, 56, berkata, pencuri itu masuk melalui tingkap bilik tidur mereka yang tidak berkunci.

Menurutnya, barangan sempat diambil tapi tak sempat dilarikan ialah wang tunai berjumlah RM1,500, sekalung rantai, sebentuk cincin, empat telefon bimbit, sebuah pisau pemotong daging dan satu gigi taring buaya.

“Mujur semuanya selamat, waktu dia masuk dalam bilik memang tak ada siapa sedar. Rantai pula dia ambil dari atas katil," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian tersebut.




Demikianlah Artikel PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA

Sekianlah artikel PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENCURI CARI PINTU TAK JUMPA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/pencuri-cari-pintu-tak-jumpa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :