Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat

Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat
link : Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat

Baca juga


Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan wajar mendapatkan restu ibu bapa terdahulu, sebelum memilih pelajar yang dikenal pasti mempunyai masalah disiplin untuk menjalani program pemulihan di penjara dan lokap.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, berkata tindakan itu wajar kerana bimbang ibu bapa akan menuding jari terhadap pihak sekolah, sekiranya anak mereka yang menjalani program terbabit mengalami trauma.

"Jika program ingin dilaksanakan, ia perlu diteliti secara mendalam kerana pendedahan sebegini boleh menyebabkan mereka (pelajar) trauma.

"Sebelum melaksanakan program itu, kementerian perlu berbincang dengan sekolah dan ibu bapa serta dapatkan persetujuan mereka.

"Ibu bapa yang memang sudah tahu anak mereka mempunyai masalah disiplin yang sukar dikawal mungkin akan bersetuju dengan program ini, tetapi, kebenaran mereka (ibu bapa) perlu diutamakan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju, Abd Rahim Ahmad, mencadangkan supaya program itu tidak terhad kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin sahaja.

"Jika ini adalah demi pembelajaran, semua (pelajar) perlu diberi pendedahan akibat menjadi seorang penjenayah di negara ini tidak kira sama ada pelajar itu nakal atau tidak.

"Kalau hanya tumpu kepada pelajar bermasalah, mungkin mereka berasa seolah-olah dikategori sebagai 'budak jahat'," katanya yang turut mencadangkan supaya pihak sekolah dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengenal pasti punca masalah disiplin itu berlaku.

Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Sa'ad, berpendapat setiap pelajar perlu diberi pendedahan terhadap risiko dan kesan terhadap tindakan mereka.

"Setakat membuat lawatan ke penjara boleh tetapi berinteraksi dengan banduan adalah tidak wajar.

"Dari aspek psikologi, kes membuli terjadi kerana persekitaran dan proses pembesaran yang dipengaruhi dengan tingkah laku seorang pembuli. Cadangan saya ialah memasukkan mereka (pelajar) ke kelas modifikasi tingkah laku," katanya.

Sumber: Berita Harian




Demikianlah Artikel Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat

Sekianlah artikel Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemulihan vs lokap, PIBG dan NUTP berbeza pendapat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/pemulihan-vs-lokap-pibg-dan-nutp.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :