PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH

PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH
link : PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH

Baca juga


PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH





Georgetown – Pakatan pembangkang dilihat semakin terdesak sehingga sanggup menjelajah ke seluruh negara terutama di kawasan kampung, semata-mata mahu menabur fitnah untuk menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata tindakan itu disifatkan sebagai janggal kerana ada dalam kalangan mereka, sewaktu bergelar ‘orang kuat’ UMNO dan kerajaan pusat, jarang turun padang, namun kini bertindak sebaliknya dengan alasan mahu mendekati rakyat bawahan.

“Saya perhatikan akhir-akhir ini, mereka yang hendak menentang UMNO dan kerajaan telah mula rajin pusing ke seluruh negara dengan membuat cerita yang bukan-bukan seperti fitnah kepada pemimpin parti serta kerajaan.

Tindakan pemimpin-pemimpin sebelah sana itu dilihat sangat terdesak… sanggup tabur fitnah malah cuba menegakkan benang yang basah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jelutong di Batu Feringghi dekat sini, semalam.

Beliau berkata kesungguhan UMNO dalam menjalankan tugas terhadap semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik menyebabkan pemimpin pembangkang berasa tercabar.

Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata namun tindakan pembangkang itu tidak akan berjaya menggoyahkan anggota UMNO di peringkat akar umbi kerana mereka tahu mana yang betul dan sebaliknya.

“Sebenarnya mereka silap kerana anggota UMNO dan rakyat tahu apa yang betul dan cubaan untuk memecahbelahkan anggota (UMNO) memang tidak akan berjaya… parti keramat Melayu ini (UMNO) sentiasa kental dan bersatu bagi memastikan kelangsungan orang Melayu.

Lagipun rakyat juga sedar bahawa pemimpin-pemimpin seperti itu tidak boleh dipercayai kerana sebelum ini bersama UMNO dan kerana tidak mahu mengikut pemimpin mereka wujudkan parti baharu malah suka membuat pusingan U demi memenuhi impian sendiri dan bukan berjuang untuk rakyat seperti UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengesa golongan muda supaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat bagi mendedahkan pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak mengotakan jani-janji mereka.

“Penduduk negeri ini adalah yang paling hampir dengan kepimpinan kerajaan negeri, jadi boleh ceritakan semua penindasan dan kezaliman kepada rakyat negeri lain supaya mereka tidak dengar daripada sebelah pihak (pembangkang) sahaja.

“Sebagai contoh kes kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, mereka (kerajaan negeri) sentiasa mencari alasan memusing fakta sehingga pada akhirnya kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang pernah memerintah negeri ini dipersalahkan,” katanya.




Demikianlah Artikel PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH

Sekianlah artikel PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEMBANGKANG TERDESAK TURUN PADANG FITNAH KERAJAAN - HAMZAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/pembangkang-terdesak-turun-padang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :