Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit

Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit
link : Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit

Baca juga


Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit

GENTING HIGHLANDS: Kementerian Pendidikan bakal membenarkan pelajar sekolah di seluruh negara menggunakan alat peranti kecuali telefon bimbit di sekolah, bermula awal tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata keputusan membenarkan penggunaan peranti secara terkawal di sekolah itu kini dalam peringkat akhir perbincangan termasuk penetapan garis panduan dan pengeluaran pekeliling.

Bagaimanapun katanya, telefon bimbit dikecualikan daripada kebenaran penggunaan alat peranti di sekolah kerana ia dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas.

"Melihat kepada gelombang teknologi masa kini, kebanyakan negara maju sudah lama membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran dalam kelas.

"Apapun kementerian masih meneliti kaedah terbaik dalam mengawal penggunaan alat peranti termasuk hanya dikhaskan untuk masa dan subjek tertentu," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-24 di Institut Aminuddin Baki, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Sri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Sebelum ini kementerian pernah bercadang membenarkan penggunaan alat peranti di sekolah bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.

Sumber: Bharian




Demikianlah Artikel Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit

Sekianlah artikel Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar sekolah dibenar bawa peranti KECUALI telefon bimbit dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/pelajar-sekolah-dibenar-bawa-peranti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :