Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’

Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’ - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’
link : Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’

Baca juga


Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’

 | August 17, 2017
Peguam R Sivarasa mengesahkan kenyataan Anwar Ibrahim adalah sahih dan menafikan dakwaan timbalan pengarah (polis) Jabatan Penjara.
anwar-sivarasaPETALING JAYA: Peguam R. Sivarasa menyangkal kenyataan Jabatan Penjara hari ini yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai keganasan politik sebagaimana dilaporkan beberapa portal Isnin lalu.

“Saya boleh mengesahkan Anwar membuat kenyataan pada 14 Ogos ketika saya berada di sana bersama beliau,” kata Sivarasa kepada FMT.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana Anwar menyediakan kenyataannya.

Berita Harian hari ini memetik Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim sebagai mempersoalkan laporan beberapa media berdasarkan kenyataan dikeluarkan Anwar pada 14 Ogos memberikan respons terhadap insiden huru hara di forum “Nothing to Hide” sehari sebelum itu.
Anwar pada 14 Ogos dibawa keluar pegawai Penjara Sungai Buloh untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tuntutan saman fitnahnya terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Anwar dikawal oleh pegawai dan anggota Penjara sepanjang masa ketika berada di mahkamah,” kata Supri, yang menambah media tidak dibenarkan berjumpa Anwar sepanjang beliau berada di mahkamah pada hari itu.
Anwar kini menjalankan hukuman 5 tahun penjara sejak 2015, selepas disabitkan dengan tuduhan liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Mohd Azlan. FMT


Demikianlah Artikel Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’

Sekianlah artikel Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam nafi dakwaan Jabatan Penjara kenyataan Anwar ‘palsu’ dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/peguam-nafi-dakwaan-jabatan-penjara.html

Subscribe to receive free email updates: