Judul : Pegawai Polis Bukit Aman Maut Ditembak Di Napoh, Kedah.
link : Pegawai Polis Bukit Aman Maut Ditembak Di Napoh, Kedah.
Pegawai Polis Bukit Aman Maut Ditembak Di Napoh, Kedah.
Kedah - Seorang anggota polis maut selepas terkena beberapa das tembakan di badannya dalam kejadian yang berlaku di sini pada malam tadi.Anggota polis berkenaan yang berpangkat Sub Inspektor yang dikenali sebagai Abu Hashim Ismail maut selepas ditembak di sebuah rumah yang terletak di Taman Sri Hosba, dekat Napoh, Changlun.
Mangsa yang berusia 54 tahun tersebut dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan disahkan maut akibat terkena sekurang-kurangnya tujuh das tembakan pada badannya dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi.
Walaubagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih belum diketahuinya serta mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat.
Satu sidang media dijadual diadakan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri jam 11.30 pagi tadi.
Demikianlah Artikel Pegawai Polis Bukit Aman Maut Ditembak Di Napoh, Kedah.
Sekianlah artikel Pegawai Polis Bukit Aman Maut Ditembak Di Napoh, Kedah. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pegawai Polis Bukit Aman Maut Ditembak Di Napoh, Kedah. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/pegawai-polis-bukit-aman-maut-ditembak_44.html