PAS mahu kerusi Gombak semula

PAS mahu kerusi Gombak semula - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS mahu kerusi Gombak semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS mahu kerusi Gombak semula
link : PAS mahu kerusi Gombak semula

Baca juga


PAS mahu kerusi Gombak semula

Malaysiakini  24/8/17

Adalah "wajib” bagi PAS bertanding di Gombak, sebuah kerusi Parlimen yang kini dipegang oleh Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, kata Persuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi hari ini.
“Parlimen Gombak itu wajib kita ambil.

“Sejarah sebelum ini, sebelum PKR ada, PAS yang minat kerusi Selangor. Tetapi PKR datang...
“Setelah ada PKR bahkan ada MB Selangor PKR. Presiden Pas juga suruh PKR jadi MB Selangor walaupun PAS memang 15 kerusi,” katanya.

Sallehen berkata demikian ketika menjawab soalan selepas mengumumkan bahawa PAS Selangor bersedia bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN di Selangor.
Terdapat tiga kerusi DUN dalam sempadan kawasan Parlimen Gombak - Gombak Setia, Ulu Kelang dan Batu Caves.

Daripada ketiga-tiga kerusi itu, calon PAS menang di Gombak Setia dan Ulu Kelang, manakala kerusi Batu Caves dimenangi oleh calon PKR.
Ini menunjukkan bahawa Gombak mempunyai pengaruh dan penyokong PAS yang besar.

Pengumuman Sallehen yang turut menyatakan ketetapan tersebut sekaligus menyaksikan kemungkinan tiada kerjasama semula di antara PAS dengan PKR seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Azmin sebelum ini berulang kali berkata, beliau akan memastikan pembangkang akan bertanding satu lawan satu dengan BN.

Keadaan di Selangor adalah unik kerana walaupun PAS secara rasmi memutuskan hubungan dengan PKR, parti Islam itu masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR.
Terdahulu hari ini, Sallehen mengumumkan bahawa PAS Selangor bersedia untuk bertanding di 42 daripada 56 kerusi DUN dan bersedia untuk berdepan dengan BN dan juga bekas sekutunya.

Walau bagaimanapun, bilangan sebenar calon yang akan diletakkan akan ditentukan oleh jawatankuasa pusat PAS



Demikianlah Artikel PAS mahu kerusi Gombak semula

Sekianlah artikel PAS mahu kerusi Gombak semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS mahu kerusi Gombak semula dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/pas-mahu-kerusi-gombak-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :