Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT

Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT
link : Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT

Baca juga


Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Masyarakat perlu berfikiran terbuka dan me­nerima penerapan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan negara ini memandang­kan pendidikan perlu berubah selari dengan kehendak semasa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau sedar sukar untuk memperkenalkan sesuatu yang baharu namun pada abad ke-21 ini masyarakat perlu ber­ubah dan mempu­nyai pemikiran baharu terutama dalam bidang pendidikan.

Malah kata beliau, KBAT telah lama dilaksanakan di negara-negara maju di mana masyarakatnya tidak lagi terlalu bergantung kepada sistem peperiksaan semata-mata.

“Saya mempunyai keyakinan rakyat negara ini boleh membantu Kementerian Pendidikan dalam menjayakan KBAT tetapi ia merupakan satu proses yang panjang untuk dilaksanakan.

“Kita tidak perlu takut dan merasa rendah diri dengan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan malah kita perlu ada sema­ngat yang kuat untuk melangkah menjadi sebuah negara maju,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Rahemah Idris dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Menurut Mahdzir, Kementerian Pendidikan turut menganjurkan bengkel yang melibatkan ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memberi pemahaman kepada mereka mengenai KBAT.

“Penerapan KBAT di dalam sistem pembelajaran masa kini memerlukan pemahaman dan sokongan semua pihak.

“Sebab itu dianjurkan bengkel terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman yang turut di­sertai ibu bapa bagi memastikan mereka memahami apa itu KBAT dan mengubah pemikiran mereka mengenai pendidikan,” ujarnya.

Katanya, Kementerian Pendidikan juga menyedari bahawa demografi negara ini berada dalam empat kategori iaitu pelajar di bandar, pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman.

Oleh itu, kata beliau, guru hendaklah membuat pengubahsuai­an kaedah pengajaran dengan mengambil kira demografi pelajar dan para guru juga perlu krea­tif serta berinovasi untuk mengajar menggunakan kaedah yang disesuaikan dengan persekitaran.




Demikianlah Artikel Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT

Sekianlah artikel Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masyarat perlu berfikiran terbuka dengan KBAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/masyarat-perlu-berfikiran-terbuka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :