Judul : [MARAN] PI1M KIBAR JALUR GEMILANG 190 METER
link : [MARAN] PI1M KIBAR JALUR GEMILANG 190 METER
[MARAN] PI1M KIBAR JALUR GEMILANG 190 METER
Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampung Awah berjaya mengibarkan Jalur Gemilang yang dicorakkan menerusi cop tapak tangan sempena sambutan bulan kemerdekaan peringkat komuniti tersebut, Sabtu lalu.
Pengurusnya, Abdill Malwiya Abas berkata, projek mengibarkan Jalur Gemilang dihasilkan daripada cop tapak tangan orang ramai itu dimulakan akhir tahun lalu sehingga awal Ogos lalu.
Menurutnya, program 'Dashboard Merdeka' itu penglibatan hampir 500 peserta bagi menyempurnakan bendera Malaysia sepanjang 190 meter.
"Sebanyak 19 PI1M seluruh Maran terlibat dalam program ini. Kami menerangkan kepada komuniti berkenan aplikasi dashboard yang disediakan di setiap pusat internet bagi kegunaan Komuniti seperti MyShop, My Health dan juga My Komuniti.
"Dashboard komuniti boleh memperluaskan rangkaian perniagaan alam maya sekali gus menjana pendapatan dan ekonomi mereka.
"Hanya perlu mendaftar RM5 anda akan menerima kad keahlian yang boleh digunakn di mana-mana pusat internet serta layak mndpt latihan berkenaan Dashboard komuniti dan program2 lain di PI1M seperti Erezeki (Mdec) dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata, maklumat lanjut boleh diperoleh di pusat internet terdekat.
Katanya, bagi slot merdeka Sabtu lalu turut diadakan persembahan mendeklamasikan sajak merdeka, ciptaan sendiri olehahli PI1M Kampung Awah dari komuniti Bukit Lada, Mat Ghazali Zakaria.
Program itu turut dijayakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Awah; nama penuh PWPK, Pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudi, Tadika Kemas dan Kuniti Kampung Awah.
Sementara itu, Mat Ghazali berkata, program yang diadakan pada tahun ini eksklusif dan kondusif serta menepati kehendak komuniti.
"Mengikut pemerhatian dan pengamatan saya program ini memang menarik. Boleh masuk rekod Malaysia. Harap tahun hadapan akan diadakan acara sebegini dengan lebih besar lagi," katanya.
Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Bukit Lada berharap pada masa hadapan program itu dianjurkan di peringkat kawasan Dun dengan bantuan pihak berkaitan.
"Mungkin boleh tambah bajet PI1M sekali gus menyenaraikan program buat bendera panjang ini sebagai takwim PI1M," katanya.
Demikianlah Artikel [MARAN] PI1M KIBAR JALUR GEMILANG 190 METER
Sekianlah artikel [MARAN] PI1M KIBAR JALUR GEMILANG 190 METER kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [MARAN] PI1M KIBAR JALUR GEMILANG 190 METER dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/maran-pi1m-kibar-jalur-gemilang-190.html