MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN

MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN
link : MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN

Baca juga


MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN


Salleh Said Keruak


Kuala Lumpur - Malaysia berjaya memainkan peranan besar sepanjang tempoh 50 tahun penubuhan Asean sejak 1967 sehingga organisasi itu kian cemerlang di pentas antarabangsa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia terus komited kepada Asean dan sumbangan berterusan itu menjadikan negara kini disegani dan dihormati negara jiran.

“Pendek kata, dalam tempoh 50 tahun penubuhan Asean, kita memainkan peranan besar. Keadaan ini menjadikan kita disegani dan dihormati negara jiran.

‘Kita bersatu dalam Asean untuk mengatasi masalah serantau seperti tuntutan bertindih, ancaman pengganas, jenayah rentas sempadan dan lainnya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru di laman blognya bertajuk ‘Malaysia dalam Asean: Dihormati, Disegani’ sempena genap sambutan 50 tahun penubuhan Asean, esok.‘

Salleh berkata, bermula dengan hanya lima negara sahaja iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura di awal penubuhannya, Asean kini terus berbangga dengan penyertaan negara-negara lain di rantau ini terdiri Brunei (1984), Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997), Kemboja (1999) , dan terbaru Timor Leste (2017). 

“50 tahun dahulu tujuan penubuhan Asean sederhana sahaja: untuk mewujudkan kerjasama serantau supaya terciptanya perdamaian, kemajuan, dan kemakmuran di kawasan Asia Tenggara.

“Kini, setelah 50 tahun bersama, Asean berjaya mencapai matlamat penubuhannya. Asean berjaya meningkatkan kerjasama perdagangan, keselamatan, pendidikan, sukan, dan saintifik bersama negara anggotanya,” katanya.

Dalam pada itu, Salleh turut menyingkap sumbangan besar Malaysia dalam Asean yang merangkumi pelbagai cara termasuk dalam bentuk kewangan dan tenaga bertujuan menjayakan misi bantuan kemanusiaan.

Antara sumbangan itu termasuklah membantu Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina yang terkena musibah banjir, membantu mangsa tsunami Aceh dan gempa bumi di Yogyakarta, menjadi orang tengah perundingan damai antara kerajaan Filipina dengan pejuang Baqrisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan banyak lagi.

“Moga Asean terus bersatu dan kita dapat mewujudkan pula 1Asean yang kekal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali. Tahniah Asean !,” kata Salleh mengakhiri catatannya.




Demikianlah Artikel MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN

Sekianlah artikel MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MALAYSIA DIHORMATI, DISEGANI DALAM ASEAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/malaysia-dihormati-disegani-dalam-asean.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :