Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS

Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS
link : Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS

Baca juga


Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS

 | August 9, 2017
Mahfuz Omar mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim boleh berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB yang diterangkan Arul Kanda.
mahfuz-mdb
PETALING JAYA: Datuk Mahfuz Omar mengucapkan “tahniah” kepada presiden dan pengarah eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy kerana berjaya meyakinkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan parti itu sehingga berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan firma tersebut.
Pada masa sama, beliau juga mengucapkan takziah kepada Tuan Ibrahim dan PAS yang secara terang diperdayakan oleh “ahli silap mata” 1MDB.

“Saya yakin pimpinan parti saya (PAS) terutama sekali Tuan Ibrahim tidak akan mudah untuk ‘diperdayakan’ oleh pengurusan 1MDB dalam masa 3 jam,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Namun beliau mempersoalkan bagaimana Tuan Ibrahim dengan selamba boleh “berpuas hati” dengan pelan rasionalisasi 1MDB.

Satu pertemuan meja bulat diadakan secara tertutup antara pimpinan dan sebahagian ahli Parlimen PAS dengan Arul Kanda, kelmarin.
Pertemuan itu diketuai oleh Tuan Ibrahim yang merupakan satu-satunya pimpinan kanan PAS yang sebelum ini konsisten menegur kepincangan urus tadbir dan skandal 1MDB.

Menurut Mahfuz, pelan rasionalisasi itu hanya 1 gimik ‘silap mata’untuk menunjukkan 1MDB bebas daripada bebanan hutang.
“Tidakkah Tuan Ibrahim dan rakan-rakan dalam parti saya (PAS) nampak susunan pelan rasionalisasi 1MDB ini adalah pelan untuk melindungi penyangak negara dan segala malapetaka serta bala hutang 1MDB yang akhirnya terpaksa ditanggung dan dibayar oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Skandal 1MDB yang disimpulkan sebagai “nasi sudah menjadi bubur” itu amat jijik dan meloyakan rakyat kerana bubur yang terhasil itu sudah basi akibat ketidaktahuan tentang selok belok peralatan yang menjadi penyebabnya


Demikianlah Artikel Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS

Sekianlah artikel Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz ucap tahniah Arul Kanda berjaya yakinkan PAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/mahfuz-ucap-tahniah-arul-kanda-berjaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :