Judul : Lelaki Tampil Bersama Bukti Mengenai Status Sebenar Tun Mahathir.
link : Lelaki Tampil Bersama Bukti Mengenai Status Sebenar Tun Mahathir.
Lelaki Tampil Bersama Bukti Mengenai Status Sebenar Tun Mahathir.
Walaupun telah sembilan hari berlalu mengenai kenyataan Zahid Hamidi yang telah mengungkit sejarah keturunan Tun Mahathir namun isu berkenaan terus bermain di media sosial.Malah seorang lelaki telah tampil membela mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kecoh di media sosial mengenai status Tun Mahathir yang telah dipertikaikan dan telah mengatakan Zahid Hamidi sebagai seorang penipu.
Malah lelaki terbabit yang menggunakan akaun Facebook bernama Hisham Tajuddin telah mengatakan bahawa kenyataan daripada Naib Presiden Umno sendiri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai salinan i/c Tun Mahathir yang menggunakan perkataan "Mahathir a/l Iskandar Kutty" ketika berucap bagi merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya adalah satu penipuan.
Hisham juga memberitahu bahawa tindakan Zahid Hamidi itu sesuatu yang tidak releven kerana dia mempunyai bukti bahawa nama Tun Mahathir yang sebenar adalah Mahathir Bin Mohamad dan bukanlah Mahathir A/L Iskandar Kutty seperti yang di dakwa oleh Zahid Hamidi.
Bukti mengenai status 'bin atau A/L' jelas tertera di surat beranaknya yang tertera tandatangan Tun berserta namanya semasa beliau hanyalah merupakan seorang doktor biasa dan pemilik Maha Klinik yang terletak di Alor Setar, Kedah.
Menurut Hisham lagi dia mungkin salah seorang insan yang amat bertuah kerana pernah dirawat serta diberikan suntikan vaksin semasa kecil oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.-Hisham Tajuddin
Demikianlah Artikel Lelaki Tampil Bersama Bukti Mengenai Status Sebenar Tun Mahathir.
Sekianlah artikel Lelaki Tampil Bersama Bukti Mengenai Status Sebenar Tun Mahathir. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Tampil Bersama Bukti Mengenai Status Sebenar Tun Mahathir. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/lelaki-tampil-bersama-bukti-mengenai.html