KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA

KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA
link : KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA

Baca juga


KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA





Kuala Lumpur – Ketua Penerangan UMMO, Tan Sri Annuar Musa kesal Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup mempermainkan nama Nabi Isa dalam satu program anjuran pembangkang baru-baru ini.

Annuar menegaskan, bagi manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, nama Nabi dan Rasul bukan untuk dijadikan bahan kelakar bagi mencapai cita-cita politik.

“Semua kita tahu bahawa perbuatan menghina, mempersenda nabi boleh mengakibatkan diri menjadi kufur. Pelakunya akan dilaknat Allah S.W.T,” katanya di Facebook semalam.

Annuar menyiarkan transkip ucapan Mahathir dalam program pembangkang tersebut seperti berikut:

“Berkenaan dengan Felda, ini adalah satu ladang terbesar di dunia. Mempunyai hampir dua juta ekar ladang, sudah tentu dua juta ekar ini mempunyai nilai yang tinggi jika dijual dengan nilai tanah sahaja sekalipun.

“Ianya memberi pulangan kepada peneroka-peneroka yang telah diberi peluang untuk memiliki tanah ini. Maka datanglah seorang yang bernama Isa Alaihis Salam, eh… Isa Samad”

“Berdasarkan catatan di internet, pada tahun 1997, Mahathir pernah didakwa memperlekehkan janggut Rasulullah SAW dengan mempersoalkan perkara berikut:

Siapa tahu janggut Nabi macam mana?
Siapa biasa tengok janggut Nabi, ada gambar?
Di zaman tu dia bukan ada Gillette.
Pisau cukur pun tiada zaman tu, jadi macam mana nak cukur. Naik unta sana sana sini. Bukan boleh dapat air di padang pasir.

Mahathir awal tahun ini turut dilaporkan menuduh Tuhan tidak mahu semua hambaNya menjadi Islam dan masuk syurga sewaktu berucap dalam satu majlis anjuran DAP dan kenyataan beliau itu mendapat sorakan gemuruh penyokong DAP.

Sementara itu, mengulas tentang isu kesilapan cetakan bendera negara Indonesia pada buku atur cara Sukan SEA 2017, Annuar menegaskan perkara itu tidak disengajakan.

“Pun begitu selaku tuan rumah yang bertanggungjawab kita wajar memohon maaf. Menteri Belia dan Sukan sudah mengambil langkah yang wajar termasuk menarik balik buku itu dan mencetaknya semula.

“Ini juga menguji semangat dan solidariti ASEAN yang merupakan paksi kepada sukan SEA itu sendiri,” katanya.




Demikianlah Artikel KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA

Sekianlah artikel KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KESAL MAHATHIR PERMAINKAN NAMA NABI ISA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/kesal-mahathir-permainkan-nama-nabi-isa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :