KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB

KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB
link : KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB

Baca juga


KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB





Pulau Pinang - Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu bertanggungjawab sekiranya mereka melanggar 10 perkara tambahan diperkenalkan sendiri dalam Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang ditandatangani semalam.

Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, jika salah satu daripada ikrar berkenaan dikhianati, ia akan memberi persepsi buruk kepada kerajaan negeri.

Katanya, pelbagai pihak termasuk lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini telah bersetuju bekerjasama dengan SPRM bagi memantau kes penyalahgunaan kuasa dan ra­suah di negeri ini.

“Mereka (kerajaan negeri), kena bertanggungjawab terhadap ikrar tambahan berkenaan kerana rakyat mahu melihat apa yang dijanjikan perlu dilaksanakan, orang Pulau Pinang pilih kerajaan yang diyakini untuk berkhidmat dengan baik dan bukan terpalit dengan isu rasuah.

“Ingatan ini bukan hanya untuk Pulau Pinang malah kepada semua negeri, kementerian serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah menandata­ngani IBR perlu patuhi kerana kita mahu lihat budaya ra­suah ini dibasmi secara habis-habisan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani IBR membabitkan 100 wakil daripada 300 NGO di negeri ini yang turut dihadiri Presiden Pemerhati Ra­suah Malaysia, Jais Abdul Karim di Universiti Sains Malaysia (USM) malam tadi.

Selepas sekian lama berdolak-dalik, akhirnya Kerajaan DAP Pulau Pinang menerima IBR semalam dan bertindak mema­sukkan tambahan 10 langkah integriti sebagai tanda komitmen dalam memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa berbanding lima yang diperkenalkan SPRM.

Mengulas berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya, Dzulkifli memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi.

Ujar beliau, ketika ini dakwaan berkenaan disifatkan sebagai cerita yang tidak mempunyai asas kukuh dan SPRM tidak boleh melakukan siasatan sekiranya tiada laporan berhubung perkara itu.

Sementara itu, beliau me­negaskan, SPRM masih meneruskan siasatan kes pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) kerana masih terdapat beberapa individu yang sedang dijejaki.

“Mungkin ada (individu yang akan ditahan) kerana proses siasatan masih berlangsung. Kami (SPRM) ketika ini bertungkus lumus untuk selesaikan siasatan kes ini,” ujarnya.




Demikianlah Artikel KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB

Sekianlah artikel KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN DAP PULAU PINANG PERLU BERTANGGUNGJAWAB dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/kerajaan-dap-pulau-pinang-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :