JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA)

JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA) - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA)
link : JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA)

Baca juga


JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA)




Siri Jelajah Tahun Melawat Pahang 2017 bagi Zon Utara sedang berlangsung sekarang bermula semalam 3.8.2017 hingga 7.8.2017 nanti. Siri jelajah ini bagi tujuan mempromosikan Negeri Pahang sebagai destinasi pilihan pelancong khusus kepada pelancong tempatan, syarikat pelancongan, hotel-hotel dimana pelancong luar negara dan tempatan berhubung.

Kerajaan Negeri Pahang di bawah Pelancongan Negeri Pahang telah mengadakan Program Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 yang telah dirasmikan oleh pengisytiharannya oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang pada 20hb Januari 2017. Bagi mewar-warkan Tahun Melawat Pahang 2017 ini, siri jelajah di Semenanjung Malaysia telahpun dianjurkan ke wilayah selatan tanah air iaitu ke Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta ke Singapura pada 26 – 29 April 2017 yang lalu. 

Bagi melengkapkan matlamat siri jelajah bagi mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelancongan domestik secara khususnya, Pelancongan Negeri Pahang meneruskan misi jelajah ke Zon Utara iaitu ke Perak, Pulau Pinang dan Kedah pada 03-07 Ogos 2017. Jelajah ini disertai sebanyak 5 buah kenderaan yang terdiri dari kenderaan rasmi Tahun Melawat Pahang 2017 dan juga dari Jabatan dan Agensi-Agensi tempatan. Jelajah Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 – Zon Utara ini juga disertai seramai 100 orang dari wakil-wakil pengusaha produk Pelancongan, Hotel & Resort, Homestay, Agensi Pelancongan dan media di Pahang. 

Konvoi Jelajah Promosi Visit Pahang 2017 – Zon Utara akan bermula dari Pejabat Pelancongan Pahang. Sepanjang perjalanan ke Perak, Pulau Pinang dan Kedah, peserta konvoi akan berhenti dibeberapa lokasi terplilih bagi mengadakan aktiviti promosi pakej-pakej pelancongan dan acara-acara pelancongan di Negeri Pahang sepanjang Tahun Melawat Pahang 2017. 

Tujuan utama diadakan Program Jelajah Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 ini adalah untuk mempromosikan produk-produk pelancongan, pakej-pakej pelancongan dan acara-acara pelancongan yang sedia ada yang ditawarkan sepanjang Tahun Melawat Pahang 2017. Dengan adanya program sebegini diharap dapat menarik ramai pelancong tempatan mahupun luar negara agar datang melancong ke Malaysia khususnya di Negeri Pahang dan seterusnya meningkatkan lagi kadar kedatangan pelancong di negeri ini. 

Jelajah Promosi tahun Melawat Pahang 2017 ini juga diharapkan dapat membantu Pelancongan Negeri Pahang untuk mencapai sasaran seramai 15 juta orang pelancong dengan pendapatan sebanyak 10 bilion pada tahun 2017 berbanding seramai 10.5 juta orang pelancong dengan sebanyak 7 bilion pendapatan pada tahun 2016. 

Melalui Program Jelajah Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 ini juga, Pelancongan Pahang mengambil kesempatan untuk mempromosikan aplikasi khas Sempena Tahun Melawat Pahang 2017 yang boleh dimuat turun di rangkaian ‘play store’. Aplikasi ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan para pelancong bagi mengetahui info-info lokasi percutian, pengangkutan, restoran-restoran, pusat membeli-belah, acara-acara pelancongan dan banyak lagi.

Suka juga dimaklumkan bahawa program ini adalah kesinambungan kepada siri-siri promosi sebelumnya antaranya Jelajah Kuantan - London pada 24.9.2016 - 10.11.2017 melalui laluan darat selama 48 hari dan Jelajah Zon Selatan pada 26.4.2017 - 29.4.2017 lalu selama 4 hari.















Demikianlah Artikel JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA)

Sekianlah artikel JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JELAJAH PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 (ZON UTARA) dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/jelajah-promosi-tahun-melawat-pahang.html

Subscribe to receive free email updates: