Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir

Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir
link : Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir

Baca juga


Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Ramai guru muda memohon untuk bertukar bagi me­ngikut pasangan ma­sing-masing atau balik ke negeri asal walaupun belum disahkan jawatan dalam kerajaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tempoh perkhidmatan untuk disahkan jawatan dalam kerajaan adalah selama tiga tahun.

Selama ini, katanya, beliau se­ring didatangi guru muda yang menyatakan niat untuk bertukar sehingga ada yang menangis, merayu, malah ada yang me­ngejar­nya sehingga ke majlis-majlis ken­duri.

“Jika hendak bertukar, biarlah mereka sah dalam jawatan. Ramai yang jumpa dengan saya. Semua guru muda. Saya pergi kenduri pun mereka ada. Saya pergi maj­lis pun mereka ada. Ini kadang-kadang dia baru lepas penempatan setahun, berkahwin, jadi, dia guna alasan berkahwin itu untuk ditempatkan bersama-sama pasangan.

“Tetapan fikiran perlu ada, iaitu selepas penempatan selama tiga tahun, baru mereka boleh membuat permintaan pertukaran tempat kerja,” katanya selepas menghadiri majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Malaysia di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini, hari ini.

Sebanyak 5,976 graduan terlibat dalam konvokesyen kali ini dengan 5,247 orang menerima ijazah manakala 729 lagi diploma.

Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan institusi pendidikan yang menghasilkan guru-guru terlatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah.

Mahdzir menambah, guru yang memohon pulang untuk menabur bakti di negeri masing-masing juga tidak menyalahi pera­turan, sebaliknya merupakan satu fenomena yang sihat.

Walau bagaimanapun, kata­nya, pertukaran digalakkan selepas lima tahun berkhidmat di negeri-negeri lain atau mengikut kekosongan di sesebuah negeri.

“Kelantan merupakan negeri yang mempunyai ramai guru dan guru Kelantan yang ingin kembali ke negeri asalnya sendiri agak sukar. Ada banyak kes yang kita simpati. Kadang-kadang kita tak boleh ambil semua dan tidak dapat untuk penuhi semua,” ujarnya.




Demikianlah Artikel Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir

Sekianlah artikel Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru tidak boleh tukar selagi 
belum sah jawatan - Mahdzir dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/guru-tidak-boleh-tukar-selagi-belum-sah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :