Judul : Drama Terbaru Tun @Chedetofficial - Melayu Pergunakan Saya
link : Drama Terbaru Tun @Chedetofficial - Melayu Pergunakan Saya
Drama Terbaru Tun @Chedetofficial - Melayu Pergunakan Saya
Dipetik dari laporan Malaysiakini, lidah pembangkang, berkatalah 'Top Dog' Pakatan Harapan bahawa "Sebenarnya, orang-orang Melayulah yang mempergunakan saya."
Sekarang orang-orang Melayu jugak yang salah. Selama 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah disebabkan orang-orang Melayu mahu mempergunakan beliau. Undian tertinggi yang beliau perolehi setiap kali Pilihanraya Umum kebanyakan daripada pengundi Melayu disebabkan oleh mereka mahu mempergunakan insan bernama Mahathir bin Mohamad.
Pada 22/06/2002, Tun Dr Mahathir mengejutkan para perwakilan dan pemimpin UMNO di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC apabila beliau mengumukan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.
Ini semua orang Kedah panggil gempak keling saja. Tidak sampai sejam, beliau menarik balik keputusannya selepas dipujuk oleh ramai Ahli Majlis Tertinggi UMNO khususnya Timbalan Presiden, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Inipun salah UMNO dan orang-orang Melayu kerana hendak mempergunakannya.
Beliau berkata lagi, beliau tidak mendapat sebarang manafaat secara peribadi sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Hakikat sebenarnya adalah seorang atau dua anaknya menjadi billionaire disebabkan mereka menabung dari kecil.
Bapa mereka, Tun Dr Mahathir tidak campurtangan langsung dalam urusan perniagaan mereka. Antara anak yang dilatih menabung sejak kecil adalah Boboi. Walaupun tidak sekaya dua lagi adik beradiknya yang lain tetapi dengan harta yang ada, dua tiga generasi makan tak habis.
Ikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Boboi mempunyai 126 syarikat termasuk yang 'dormant'. Yang aktif dan membuat keuntungan adalah seperti Kosmo Tech, Diastar, Inch Kenneth, Airzed Broadband, Aijya, Avillion Hotel, Eastern Utilities, Admiral Cove, M Ocean, Reliance, Asia Roofing, Sharp Roxy.
Syarikat Kumpulan Opcom saja pun makan tak habis, dapat ratusan juta tender Telekom secara runding terus di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Hebat ahli keluarga ini menabung.
Demikianlah Artikel Drama Terbaru Tun @Chedetofficial - Melayu Pergunakan Saya
Sekianlah artikel Drama Terbaru Tun @Chedetofficial - Melayu Pergunakan Saya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Drama Terbaru Tun @Chedetofficial - Melayu Pergunakan Saya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/drama-terbaru-tun-chedetofficial-melayu.html