Judul : Dr M: Azmin, Mat Sabu dapat peranan baru dalam PH
link : Dr M: Azmin, Mat Sabu dapat peranan baru dalam PH
Dr M: Azmin, Mat Sabu dapat peranan baru dalam PH
Pengerusi PH mengumumkan pelantikan Azmin Ali sebagai pengarah pilihan raya, Mohamad Sabu sebagai pengerusi komunikasi dan Zuraida Kamaruddin sebagai ketua Wanita PH.
Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Parlimen mengumumkan Azmin dilantik pengarah pilihan raya gabungan bagi mengukuhkan jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Azmin merupakan naib presiden gabungan.
Mohamad Sabu, yang juga timbalan presiden PH, dilantik pengerusi jawatankuasa komunikasi dan mobiliti, manakala Zuraida dilantik ketua Wanita PH.
Dr Mahathir turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pengerusi PH Pulau Pinang, Azmin sebagai pengerusi PH Selangor dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PH Johor. Lim Guan Eng dan Muhyiddin merupakan timbalan presiden gabungan.
“Manakala di negeri lain tempoh masa 2 bulan untuk lengkapkan senarai kepimpinan,” kata bekas perdana menteri itu.
Menurut Dr Mahathir, pengumuman ini bagi mengisi kekosongan dalam struktur kepimpinan gabungan semasa.
Sebelum ini, PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai pengerusi gabungan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum gabungan dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai presiden gabungan.
Jawatan ketua setiausaha diisi bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah dan bendahari diisi Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran.
FMT
Demikianlah Artikel Dr M: Azmin, Mat Sabu dapat peranan baru dalam PH
Sekianlah artikel Dr M: Azmin, Mat Sabu dapat peranan baru dalam PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr M: Azmin, Mat Sabu dapat peranan baru dalam PH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/dr-m-azmin-mat-sabu-dapat-peranan-baru.html