Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan

Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan
link : Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan

Baca juga


Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan

KULIM 25 Ogos – Kementerian Pendidikan yakin ada pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan kementerian itu berhubung kontroversi mengenai senarai Perdana Menteri Malaysia dalam sebuah buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya berasa kesal dengan tular mengenai perkara itu yang seolah-olah memperlihatkan kesalahan berpunca daripada pihaknya.

Menurutnya, kementerian itu mempunyai jawatankuasa semakan profesional untuk menapis setiap subjek.

‘‘Ini satu kerja gila dilakukan sesetengah pihak dan bersifat strategi. Pada saya, ini sengaja dibuat orang tertentu untuk burukkan kementerian.

‘‘Saya tak tahu siapa yang buat dan saya tak nak tuduh sesiapa. Kita telah pun membuat laporan polis jadi biarlah polis siasat orang yang buat itu (syarikat penerbitan buku),’’ katanya selepas merasmikan Persidang­an UMNO Bahagian Padang Serai di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tular yang mendakwa Kementerian Pendidikan cuba mengubah sejarah dengan menyingkirkan nama Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada buku teks sekolah.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengingatkan ahli UMNO supaya berpegang kuat pada prinsip perjuangan parti bagi memastikan Barisan Nasional berjaya mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Beliau berkata, sejarah membuktikan UMNO sentiasa kuat berdepan pelbagai cabaran dan kekuatan itu tidak lain datangnya daripada semangat perpaduan antara ahli parti termasuk sokongan rakan dalam barisan komponen.

“Kita ambil contoh Sukan SEA yang sedang berlangsung, atletnya Cina tetapi semua sokong, begitu juga atlet kaum lain tak kiralah Melayu, India, Iban, Kadazan dan apa kaum sekali pun, semua rakyat kita pasti sokong sebab nak tengok emas jadi milik negara kita.

“Perkara sama juga perlu dilakukan oleh BN,” ujarnya.




Demikianlah Artikel Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan

Sekianlah artikel Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cubaan burukkan nama Kementerian Pendidikan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/cubaan-burukkan-nama-kementerian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :