Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung

Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung
link : Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung

Baca juga


Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung

Sepuluh pelajar perempuan yang membelasah seorang pelajar perempuan lain di padang sekolah menengah di Kunak, Sabah, 29 Julai lalu, akan berdepan tindakan gantung sekolah sejurus selesai proses siasatan polis.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata semua pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan lebih keras, namun mereka tidak berdepan tindakan buang sekolah.

“Pihak kementerian sudah terima laporan membabitkan perkara berkenaan, tapi biarlah pihak polis melakukan siasatan kerana kita belum pasti adakah itu perbuatan buli atau ada sebab-sebab lain.

“Kita tidak mahu membuang mereka dari sekolah kerana pelajar berkenaan juga mempunyai hak mendapatkan pendidikan. Bagaimanapun, andai kesalahan adalah serius, pihak kementerian akan melakukan proses intervensi untuk melakukan pemulihan,” katanya selepas merasmikan blok Sistem Binaan Berindustri (IBS), di Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Bengawan Putin, di sini sebentar tadi.

Dalam video berdurasi satu minit 39 saat itu yang viral pada 31 Julai lalu, memaparkan sekurang-kurangnya 10 pelajar perempuan membelasah seorang rakan perempuan dipercayai didorong rasa tidak puas hati kerana berebut seorang pelajar lelaki.

Lebih menjengkelkan, ada paparan dalam video berkenaan menunjukkan sembilan daripada pelajar berkenaan turut menunjukkan isyarat lucah dengan jari.






Demikianlah Artikel Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung

Sekianlah artikel Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buli, 10 pelajar perempuan berdepan hukuman gantung dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/buli-10-pelajar-perempuan-berdepan.html

Subscribe to receive free email updates: