BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU

BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU
link : BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU

Baca juga


BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU


Nothing To Hide 2.0


Kota Bharu – Tun Mahathir Mohamad dinasihatkan untuk berehat dan beri ruang kepimpinan negara kini meneruskan pembangunan daripada terus memecah belahkan bangsa Melayu dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia , Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, jelas apa yang berlaku dalam Nothing to Hide 2.0 adalah kelemahan pihak penganjur Armada Bersatu itu sendiri.

“Janganlah berfikiran singkat dan kurang cerdik dengan mempersalahkan Umno segalanya. Adakah percetakan kemeja Bersatu datang dari kilang Umno? Adakah Umno yang membuat jemputan? Jangan hanya gah dengan tajuk program sahaja, tetapi tidak mampu untuk menjawab soalan dengan jujur dan terbuka,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, permainan politik program ini hanyalah semata-mata mahu menyelamatkan Tun M daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tun M akan memberitahu bahawa segalanya telah dijawab secara terbuka oleh beliau semasa program tersebut.

Beliau berkata, sudah cukup untuk Tun M meneruskan niat memecah belahkan bangsa Melayu umat Islam kerana akhirnya bangsa hari ini akan menjadi minoriti di bumi sendiri.

“Adakah Tun lupa tertubuhnya Semangat 46 kerana perebutan kuasa Tun bersama Tengku Razaleigh dan Umno serta BN tewas di Kelantan. Adakah Tun lupa tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat kerana pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Umno sehingga BN tewas di Selangor, Terengganu dan Pulau Pinang.

“Hari ini Tun sendiri menubuhkan Parti Bersatu kerana kerakusan kuasa dan harta. DAP tidak pernah menang majoriti di dalam PRU dan mereka tahu untuk menjatuhkan parti BN adalah dengan menggunakan orang Melayu sendiri.

“Kini bukan lagi Lim Kit Siang, Lim Guang Eng yang menyerang Umno dan BN tetapi hari ini bekas Presiden Umno serta mantan Perdana Menteri sendiri menyerang memfitnah kepimpinan kerana beliau tahu akan kelemahan dalaman Umno itu.

“Adakah Tun mahu menjadi Si Buang seperti filem Sarjan Hassan, di mana kerana kerakusan dan tamak kuasa, sanggup menjadi tali barut komunis ketika itu, akhirnya komunis tahu segala rahsia askar Melayu, setiap kelemahan, kawasan persembunyian, senjata dan sebagainya,” katanya.




Demikianlah Artikel BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU

Sekianlah artikel BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BEREHATLAH TUN, HENTI PECAH BELAHKAN MELAYU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/berehatlah-tun-henti-pecah-belahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :