[BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH

[BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH
link : [BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH

Baca juga


[BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH


Kena kuat demi Talhah


Ketabahan seorang wanita warga emas menjaga anak lelakinya yang juga seorang orang kurang upaya (OKU) sindrom down semenjak lahir terus dapat perhatian.

Basariah Mat, 76, memberitahu anaknya Talhah Ishak, 31, itu sorang pemalu dan lebih selesa berada bersama ibunya sahaja.

“Selalunya dia tak mahu jumpa orang, dia pemalu sangat. Tapi hari ni nak pula dia keluar. Alhamdulillah dia nampak ceria dan ada perubahan," kata nenek kepada 23 cucu dan enam cicit ini ketika menerima kunjungan wakil Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang (Muip), Klinik Kesihatan Padang Luas dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerusi Program Menjejak Asnaf di rumahnya, di Kampung Bukit Serdang, di sini, kelmarin.

Basariah berkata, meskipun beberapa kali dirinya dipelawa 11 anaknya yang lain untuk tinggal bersama, jiwanya lebih selesa berada di kampung.

“Lagipun, Talhah pun lebih selesa dengan suasana sekarang. Kalau bertukar angin, mungkin akan jejaskan kesihatan dan emosinya, itu yang makcik berat hati. Dia tak kacau orang. Kalau makcik buka pintu, dia sendiri tutup dan kuncikan pintu,” katanya.

Katanya, memandangkan dia mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, dia perlu ke klinik berdekatan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan.

“Kalau makcik ke klinik, makcik tinggalkan Talhah seorang diri. Tak boleh nak bawa sebab dia tak suka. Tapi selalunya makcik tinggalkan sekejap saja. 

“Kalau tinggal lama-lama makcik pula yang risau. Iyalah, dari kecil makcik yang jaga, dah tahu kerenahnya. Makcik harap, makcik sihat supaya boleh terus jaga dia,” katanya.

Difahamkan, Talhah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai RM150 yang digunakan sepenuhnya untuk membeli keperluan hariannya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK, Abdul Rahim Yusoh memberitahu, Talhah dan ibunya itu juga tidak ketinggalan disenaraikan sebagai penerima bantuan daripada pihak-pihak tertentu.

“Walaupun anak-anaknya ada membantu ibunya dari segi kewangan, namun mereka tetap tersenarai dalam kategori warga emas dan OKU pada setiap kali penyampaian bantuan daripada pihak berkenaan,” kata beliau.




Demikianlah Artikel [BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH

Sekianlah artikel [BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BERA[ KENA KUAT DEMI TALHAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/bera-kena-kuat-demi-talhah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :