Judul : Bantahan Air Penduduk Puchong Prima, Yang MP Dan ADUN Sibuk Berpiket Kenapa?
link : Bantahan Air Penduduk Puchong Prima, Yang MP Dan ADUN Sibuk Berpiket Kenapa?
Bantahan Air Penduduk Puchong Prima, Yang MP Dan ADUN Sibuk Berpiket Kenapa?
Jawatankuasa Bertindak Penduduk Puchong Prima hari ini membantah pengambilan air daripada tangki Puchong Prima bagi kegunaan kawasan perumahan baru dianggarkan berkapasiti 15,000 penduduk.
Penduduk bangkit membantah kerja-kerja penyambungan bekalan air dari dua menara tangki air di Taman Puchong Prima oleh pemaju bagi sebuah kawasan pembangunan baru bersebelahan.
Wakil penduduk menyatakan bahawa pemaju terdahulu Mitrajaya Holdings Berhad telah membina dua menara tangki air untuk menampung bekalan air bagi penduduk Taman Puchong Prima.
Bagaimanapun Syabas dan Syarikat Pengurusan Air Selangor membenarkan pemaju bagi kawasan pembangunan baru itu yang bakal didiami 15,000 orang penduduk tidak membina menara tangki air sendiri. Ini akan menjejaskan bekalan air di Taman Puchong Prima yang sedia ada diduduki 25,000 orang penduduk.
Mengapa sekarang pemaju di Selangor cukup berani melanggar syarat Kebenaran Merancang PBT bagi pembangunan baru sesuka hati? Adakah pemaju dilindungi oleh anggota pemerintah negeri yang membolot kuasa di peringkat PBT?
Hampir 300 penduduk Puchong Prima mengadakan bantahan aman berhampiran tangki air Puchong Prima di Pangsapuri Orkid yang turut dihadiri Ahli Parlimen (MP) Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Noor Hanim Ismail.
Agak kelakar apabila pengurusan air diuruskan oleh Kerajaan Negeri, namun secara tiba-tiba MP bersama ADUN boleh tonjolkan diri menempek untuk bergambar. Kenapa mereka sendiri tidak pergi membantu menguruskan dengan Kerajaan Negeri? Kenapa perlu MP dan ADUN ini bersama-sama penduduk melakukan piket bantahan. Drama murahan apakah ini?
Agak kelakar apabila pengurusan air diuruskan oleh Kerajaan Negeri, namun secara tiba-tiba MP bersama ADUN boleh tonjolkan diri menempek untuk bergambar. Kenapa mereka sendiri tidak pergi membantu menguruskan dengan Kerajaan Negeri? Kenapa perlu MP dan ADUN ini bersama-sama penduduk melakukan piket bantahan. Drama murahan apakah ini?
Demikianlah Artikel Bantahan Air Penduduk Puchong Prima, Yang MP Dan ADUN Sibuk Berpiket Kenapa?
Sekianlah artikel Bantahan Air Penduduk Puchong Prima, Yang MP Dan ADUN Sibuk Berpiket Kenapa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bantahan Air Penduduk Puchong Prima, Yang MP Dan ADUN Sibuk Berpiket Kenapa? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/bantahan-air-penduduk-puchong-prima.html