AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU

AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU
link : AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU

Baca juga


AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU


Akademi al-Quran untuk OKU


Kota Bharu - Kerajaan negeri kini dalam usaha ke arah melaksanakan cadangan membina Akademi al-Quran untuk orang kurang upaya (OKU) terutama yang cacat penglihatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, usaha berkenaan sudah pun dibentangkan dalam Dun dan masih membuat kajian untuk pelaksanaannya.

“Kerajaan negeri kini sedang mengkaji dan setakat ini kita lihat Yayasan Islam Kelantan (YIK), walaupun tanpa kelas khas, tetapi sudah berjaya menerusi kelas pintar OKU sebagaimana adanya Faiz Ibrahim dan Mohd Qayyim Nizar Sarimi.

“Ini merupakan satu penemuan awal dan inisiatif yang kita boleh mulakan, jadi jika ada bajet bersesuaian, kita percaya pada masa akan datang, kita dapat membangunkan Akademi al-Quran kerana pada masa ini belum cukup infrastruktur, dan masih kekurangan pakar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Majlis Penyerahan Mu’jam Quran Braille yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Ismawati Ramli, di Bazar Buluh Kubu.

“Kerajaan negeri juga sudah mengadakan perbincangan dengan banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (Maik) supaya inisiatif bagi membuka peluang kepada universiti.

“Contohnya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), mereka ada pelajar yang mahir braille untuk menjalankan kajian dan kaedah yang lebih terperinci bagi menjayakan agenda ini, sebab terdapat ramai golongan cacat penglihatan, tapi kita mahu mereka bukan sekadar boleh baca al-Quran, tapi faham tafsir,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mumtaz turut memberi sokongan terhadap World #QuranHour dan mencadangkan supaya persatuan membawa ahlinya untuk membawa al-Quran Braille dibacakan di Masjid Muhammadi pada 9 Zulhijah nanti.

“Saya cukup menghargai usaha Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) kerana menganjurkan program penyatuan umat melalui gelombang bacaan al-Quran secara serentak dalam masa satu jam,” katanya.




Demikianlah Artikel AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU

Sekianlah artikel AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AKADEMI AL-QURAN UNTUK OKU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/akademi-al-quran-untuk-oku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :