Judul : 4 Gambar Menyedihkan Tiga Beradik Diabaikan Ibu Bapa.
link : 4 Gambar Menyedihkan Tiga Beradik Diabaikan Ibu Bapa.
4 Gambar Menyedihkan Tiga Beradik Diabaikan Ibu Bapa.
Johor Bahru - Amat menyedihkan bagi tiga beradik apabila ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dalam keadaan bergelumang dengan najis di dalam bilik sewa mereka di sini.Gambar ketiga-tiga adik beradik yang menjadi viral tersebut jelas kelihatan keadaan mereka yang ditinggalkan di dalam bilik sewa dalam keadaan bilik yang kotor serta tidak terurus secara bersendirian tanpa pengawasan daripada orang tua mereka.
Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila tiga beradik terbabit dikatakan hanya memakan kerak nasi sebagai mengisi perut yang kelaparan telah mencetusan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengecam ibu bapa mereka.
Tiga beradik tersebut yang masing-masing berusia 6, 4 dan dua tahun telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka dalam keadaan menyedihkan dan gambar-gambar mereka itu telah di muat naik oleh individu yang dikenali sebagai Julian Abd Razak.
Menurut Julian, sudah beberapa hari tiga beradik tersebut tidak mandi dan hanya memakan kerak nasi di campur dengan kicap sebagai pengalas perut.
Perkara tersebut hanya diketahui oleh jiran mereka selepas mendengar bunyi pinggan terjatuh yang menyebabkan dia bergegas untuk melihat keadaan mereka kerana bimbang sesuatu berlaku.
Dengan tersebarnya mengenai tiga beradik terbabit menyebabkan pihak JKM Johor Bahru bersama dengan anggota Polis Cawangan Larkin telah bergegas ke rumah terbabit bagi melihat sendiri keadaan mereka dan ternyata keadaan mereka amat menyedihkan sesiapa sahaja yang melihat.
"Tiga beradik terbabit telah diselamatkan oleh pihak JKM dan kesemua mereka telah dipindahkan ke Pusat Jagaan Kanak-kanak di Sultanah Aminah serta kami amat bersyukur segala urusan berjalan dengan lancar," katanya pada jam 4.53 petang semalam.
Julian dalam ruangan komennya turut memberitahu bahawa pasangan terbabit amat terkejut setelah pulang ke rumah dan mendapati ketiga-tiga anak mereka tiada di rumah.
Pemilik tempat terbabit telah menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada kedua ibu bapa tiga beradik malang tersebut namun mereka tidak mengakui bahawa mereka telah mengabaikan anak-anak dengan memberikan alasan bahawa dia bekerja.
Mereka cuba menyembunyikan salah mereka dengan mengatakan bahawa dia terpaksa meninggalkan anak-anak kerana terpaksa pergi kursus tetapi menurut jiran tetangga ini bukanlah kali pertama dia melakukan sebegini
Ketika bertanyakan di mana anak mereka di bawa pergi, pemilik tempat tersebut telah memberitahu bahawa ketiga-tiga anaknya telah di ambil oleh pihak JKM dan telah di bawa ke pusat jagaan kanak-kanak.
"Selepas mendengar apa yang di smapaikan oleh pemilik tempat itu, mereka telah meraung serta menangis teresak-esak, suasana pilu menyelebungi kawasan rumah sewa terbabit apabila si ibu turut berkata bahawa dia amat menyayangi anak-anaknya.
Si ibu terbabit memberitahu bahawa dia amat menyayangi anaknya itu dan hanya mereka sahajalah pendorong untuknya meneruskan hidup serta tak sanggup berjauhan dari mereka.
Menurut Julian, mereka hanya mampu melihat adegan sedih terbabit sebelum pemilik tempat terbabit bertindak menenangkan mereka.
Menurut ibu tiga beradik berkenaan, dia amat meyesal dengan perbuatan mereka yang mengabaikan anak-anaknya begitu sahaja dalam keadaan tidak terurus.
Namun begitu di harap agar ini akan menjadui pengajaran buat mereka selaku ibu bapa serta menjadi pengajaran juga buat golongan ibu bapa semua, malah menurut Julian lagi JKM tidak membenarkan kedua ibu bapa tiga beradik terbabit untuk berjumpa mereka buat sementara waktu.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan pengajaran buat semua.
Demikianlah Artikel 4 Gambar Menyedihkan Tiga Beradik Diabaikan Ibu Bapa.
Sekianlah artikel 4 Gambar Menyedihkan Tiga Beradik Diabaikan Ibu Bapa. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 4 Gambar Menyedihkan Tiga Beradik Diabaikan Ibu Bapa. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/08/4-gambar-menyedihkan-tiga-beradik_5.html